Friday 8 April 2016

Design Pilihan Sticker Kahwin Stickiz

Alkisah nya pagi pagi lagi hari Kiz sampai office bukak folder lama dan cuba wat analisis sikit nak tengok design yang macam mana jadi pilihan paling ramai untuk sticker kahwin. Banyak gak faktor yang Kiz dapat jumpa dan kesan masa tengah wat analysis tadi.. Ni Kiz kongsikan pada suma k faktor faktor nya..

Design Pilihan Sticker Kahwin Stickiz


Warna Pilihan


Kiz senaraikan 5 warna yang jadi pilihan. Sudah tentu warna yang dipilih lembut lembut suma.. ya lah nak wat majlis kahwin tak kan nak wat garang2 kan?

1)Pink lembut
2)Biru muda
3)Purple muda
4)Kuning lembut
5)Putih (warna backdround)

Kombinasi Warna


Warna yang Kiz list kan kat atas tu warna secara rawak je tau. Maksudnya ada yang guna warna pink sebagai warna font, ada gak yang guna warna pink sebagai background. So kombinasi warna lak yang mana selalu jadi pilihan?

1)Pink dan putih - yang ni memang ramai gila yang nak. kat sini dah nampak dah kuasa decison nak tentukan warna sticker ni kat atas pengantin perempuan. Betul ke?

2)Pink dan biru lembut. Warna pink lagi sekali jadi pilihan. Biasanya kalau kombinasi warna macam ni warna pink tu jadi background, warna biru muda tu jadi warna font.

3)Pink dan Purple - yang ni pun warna pink sebagai warna background, warna purple sebagai warna font.

Berapa banyak warna dalam satu sticker?


Paling banyak yang Kiz dapat tempahan hanya 3 warna sahaja dalam 1 sticker tu. Tamnahan warna yang biasanya adalah warna putih dan hitam. Tapi ramai jugak tau yang suka banyak2 warna dalam satu sticker tu. Yang banyak warna bergantung pada jenis design ya

Gambar Pilihan


Yang ni paling best. gambar paling banyak yang digunakan dah tentu bunga, cincin dan love.. Ada gak yang nak leta gambar kartun. Bukan gambar kartun kat tv macam ultraman sailormoon tu tau. Tapi gambar pengantin dalam illustrasi kartun. Kiz paling suka lau ada gambar kartun ni, memang comel comel jer suma.. ada gambar yang naik motor, ada gak gambar pengantin lelaki dkung pengantin perempuan.

Perkataan Yang Digunakan


Yang ni macam biasa la. macam kat depan kad kahwin gak. ramai yang guna "Raikan Cinta", "Walimatul Urus", "Majlis Perkahwinan" dan " Terima Kasih". kat tengah sticker ada tarikh majlis perkahwinan.

So, bakal pengantin dah ada idea nak pilih design pilihan tuk sticker kahwin? Jom tengok design yang dah siap kat facebook Stickiz (klik sini)



No comments:

Post a Comment