Thursday 21 April 2016

Kepentingan Design Sticker Packaging Untuk Bisnes Kecil

Hi semua pembaca stickiz malam mni sudah smapai masanya untuk Kiz zerita kat u all betapa pentingnya design sticker untuk peniaga yang menjalankan bisnes even bisnes tu hanya lah kecil kecilan. Bisnes kecil kecilan yang dimaksudkan oleh Kiz adalah bisnes yang selalunya kita nampak ada kat tepi jalan. Contohnya adalah jual nasi lemak, apam balik,nasi kukus ayam berempah dan pisang goreng.

Kepentingan Design Sticker Packaging Even Untuk Bisnes Kecil


Kenapa Kiz nak cakap bisnes yang kecil kecilan macam ni pun nak kena letak sticker bagai? Mesti u all terfikir dan tertanya tanya"bukan ke bisnes macam ni hanya lah bisnes cap ayam je"? "Untung pun tak banyak, tak payah lah nak beriya sangat nak letak sticker suma... kos kena kurangkan". Betul tak?

Sebenarnya bisnes yang kecil kecilan ni la yang akan jadi cabaran kepada semua peniaga kat luar sana. Pernah nampak tak ramai orang buat bisnes tepi jalan ni tidak berkembang menjadi besar? Maksud Kiz ada peniaga nasi lemak yang hasil jualan nya mencecah hingga 500 bungkus pada setiap pagi.

Cuba kita try kira sama sama untung kasar yang dia dapat. Katakanlah untuk setiap nasi lemak yang berharga Rm1 ni dia untung 30 sen. Total untung kasar dia untuk setiap hari adalah rm150. Ni untung dah tolak modal beli bahan tau. So sebulan untung kasar dia boleh mencecah sehingga rm4500 jika kita kira bulan tu dia berniaga selama 30 hari.

Tetapi kenapa selepas bertahun tahun bisnes dia masih di tepi jalan sahaja? Kalau dah bertahun tahun berniaga maksudnya dia dah ada pelanggan tetap kan?

Salah satu kesilapan yang Kiz nampak kat sini adalah bisnes seperti ini selalunya tak mengambil tempahan dari customer dalam jumlah yang banyak. Sayang sekali bisnes macam ni tak dikembangkan lagi.

Ok. So dari apa yang Kiz ceritakan tadi, sebenarnya sticker main peranan yang penting untuk u all kembangkan lagi bisnes u all. Ni Kiz berani cakap sebab client Kiz sendiri yang bagi tau kat Kiz. Dia pun jual nasi lemak juga. dan dia buat sticker tampal kat bungkusan nasi lemak tu. Kat situ dia tulis boleh order untuk tempahan dan dinyatakan sekali no telefon.

Apa yang bestnya bila dia buat macam tu, dia dapat order sekali banyak tau. Kadang2 satu hari tu boleh mencecah 600 bungkus. Dari 600 bungkus tu hanya untuk 6 orang customer sahaja. Semuanya order sebab untuk sarapan peserta kursus yang diorang buat. Dan yang paling best dia cakap dia tak perlu keluarkan modal sendiri untuk beli bahan sebelum memasak. Sebabnya customer dia yang order tu dah bayar deposit dulu semasa buat tempahan.

Contoh Design Sticker Yang Dimaksudkan


Design Sticker Nasi Lemak
Design Sticker Apam Balik


So dari apa yang Kiz cerita ni u all boleh nampak tak potensi perniagaan kecil kecilan ni untuk jadi lebih besar dengan ada nya sticker pada packaging makanan u all? Formula yang senang untuk kita hadam dalam bisnes adalah bila kita dapat untung banyak maka boleh lah kita besarkan peniagaan kita kan?

Akhir sekali untuk entry Kiz malam ni dan kesimpulannya u all mesti buat juga at least sticker sebagai salah satu cara marketing u all even u all jual nasi lemak, pisang goreng atau pun bisnes yang ada tepi jalan. Jangan ragu ragu pada potensi bisnes u all ok? Mana tau lepas letak sticker terus je u all dapat order sekali banyak banyak.. Tersengih sengih la u all tengok keuntungannya nanti. :-)

Jadi jangan lah lambat lambat lagi fikir nak wat keputusan. Jom ramai ramai buat sticker dengan Stickiz Ya. Nak order dah? Klik Sini


No comments:

Post a Comment