Thursday 31 March 2016

Design Sticker Untuk Penggila Cookies Butter Dept

Cuba suma teka kenapa Kiz dapat tempahan sticker untuk cookies pada bulan 3 ni?Kalau dapat teka memang power r..Hehe..

Dah teka dapat jawapan lum?

Haaa...jawapannya adalah tuk hari raya aidilfitri nanti la.Hari raya tuk tahun ni kan bulan 7 nanti.So ada 4 bulan je lagi sebelum raya.jangan pelik lalk kenapa diorang ni buat kuih awal sangat.Biasanya kuih raya yang home made pun dah start dibuat beberapa bulan sebelum hari raya.Kalau lagi sebulan nak raya baru nak buat macam mana nak siap kan? :-)


Design Sticker Untuk Penggila Cookies Butter Dept

Process Sticker Design

1)Pemilihan design.


Setelah membuat beberapa pertimbangan, Butter dept telah pilih design skalep.Sebab bekas kuih raya ni besar gak kan.Kalau u all perasan kat sticker tu ada tambahan lagi kerawang luar tu.Mana kala kat sebelah dalam ada tambahan kerawang bungan kat sebelah tengah atas dan bawah.

2)Pemilihan Tag Line


"A Confectionary masterpiece"

Terbaik tak tag line Butter Dept.Kiz suka sangat.Bukan senang nak tangok ada orang sahut cabaran letak tag line yang superb macam ni.Memang tabik la, sangat smart dan professional!

3)Pemilihan warna background


Hehe kalau dah nama perempuan owner nya memang pink la pilihan yang dibuat sebagai warna background.Butter Dept ambil pendekatan yang macam biasa orang perempuan suka.tak lain dan tak bukan warna pink dan hitam. Kat luar sekali ada corak belang belang pink hitam untuk menampakkan kemeriahan sticker.



Kepada Pembuat kuih raya dan penggila cookies, kalau nak design sama macam Butter Dept meh contact Kiz kat fb Stickiz ya. Caranya klik kat sini je..(Klik Sini)

Tuesday 29 March 2016

Tips Nak Mulakan Business!!! Berapa Modal Permulaan?

Tips yang ke 2 akan dikongsikan pada suma adalah mengenai tips nak mulakan business. Pagi tadi Kiz ada share tips lain gak. Boleh baca kat sini(klik sini).Yang ni topik nya berlainan sikit.Kiz cuba btau ikut urutan dari permulaan ya..


Tips Nak Mulakan Business!!! Berapa Modal Permulaan?


Buat je dulu!


Buat je dulu, jangan lama sangat nak prepare macam-macam, jangan banyak sangat fikir kebarangkalian-kebarangkalian tu. Kalau fikir banyak sangat takut takut mind set kita dah terfikir kebarangkalian yang negatif pulak. 

Last last tak jadi nak buat sebab fikir banyak sangat.Ingat!!! Masa tu sangat penting dalam perniagaan.

Modal Permulaan Yang Minimum.


Ramai yang tersilap langkah dalam membuat perancangan untuk setup business.Terutamanya dari segi decision untuk memutuskan berapa kah jumlah modal yang perlu dibelanjakan?

Pernah nampak tak kebiasaannya kedai kedai yang memulakan perniagaan dari kecil berkembang dengan jaya nya?Huh skema betul ayat Kiz.dah macam Puan Ainon lak.hehe..

Ok sebenarnya macam ni.Kenapa u all meminimumkan jumlah modal?Yang paling penting sebenarnya adalah kita kena validate dulu adakah produk/services yang kita jual tu ada permintaan.Dan adakah sales yang kita dapat dapat cover perbelanjaan operasi kita?

Jangan pulak ada yang cakap buat dulu terus nak mintak loan sampai RM200,000, BAHAYA. Modal mula-mula jangan lebih RM2000.Kadang kadang takut kita tersalah research,kita ingat boleh berjaya. yela, bukak kedai besar besar da renovate cantik cantik, ta kan tak ada orang nak datang kan?

Tapi biasa je nampak kedai mewah  mewah gulung tikar kan???

Okay Next Step
.
Lepas tu, dari jumlah modal, asingkan maybe dalam RM500 untuk marketing.Marketing yang direct tuk dapatkan more sales ok. Bukan packaging, packaging tak payah gempak-gempak dulu, letak sticker dah cukup. Sebab kita belum tau produk kita ni ada ke orang nak..
.

Pastu lau dah ada permintaan dari segi repeat order dah boleh la fikir fikir lau nak tukar design sticker.Company yang besar akan tukar packaging diorang dalam masa setahun atau 2 tahun sekali.

Eh Jap!

Kenapa nak kena fikir kalau nak tukar design sticker?Stickiz (klik sini) kan ada..biar Kiz yang fikir, then u all jual jer..hehe.

Olrite..Tips nak mulakan business untuk modal permulaan, Kiz dah share kan..Untuk pengetahuan u all Kiz pun mulakan business Stickiz ni dengan modal permulaan Rm1500 je..Percaya tak? yang penting berkat doa dan usaha tu yang penting..

Nak tau rahsia macam mana Stickiz boleh maju boleh la order sticker dengan stickiz ya?Click sini untuk order..
(belajar macam mana Kiz handle customer-whatsapp,pm fb dll)

Monday 28 March 2016

Tips Business Yang Sangat Penting! Warm Welcome

Hi suma..Selain dari post mengenai design sticker Kiz nak share juga tips business yang sangat penting untuk u all jalankan sesuatu perniagaan.Insya Allah kiz akan share suma pengalaman dan juga ilmu yang Kiz practice sepanjang Kiz buka kedai Stickiz ni.

Semoga apa yang Kiz kongsikan ni bermanfaat untuk u all dan seterusnya u all dapat gak buka kedai macam Kiz dan lebih berjaya dari kiz 1 hari nanti..Amin....



Tips Business Yang Sangat Penting! Warm Welcome


Warm Welcome - kebanyakkan dari kedai-kedai mahupun butik ternama di Malaysia tak amalkan warm welcome.


"Selamat Datang!!" (dengan penuh ikhlas dan jelas)


Benda ni nampak kecil tapi impaknya besar. Orang yang disapa dengan Warm Welcome akan rasa sangat dihargai dan dialu-alukan.Yang paling penting pelanggan akan rasa sangat dihormati dan secara tak langsung proses perbualan di antara pelangan dan pembantu jualan pun akakn berjalan lancar.

Cuba bayangkan apa yang terjadi kalau pelanggan masuk masuk je kedai tapi tak disambut dengan baik?silap silap dari awal masuk sampai keluar kedai muka ketat je dengan sales assistant.


Tapi kalau jadi macam tu jangan salahkan pelanggan pula.kita yang salah.dan ubah lah pendekatan kta dengan pelanggan ya!

Pelanggan akan rasa selesa nak tengok-tengok


Selepas beri warm welcome, Sudah tentu kena kita kena tanya pelanggan apa bantuan yang perlu kita berikan? Tapi kena tengok keadaan juga ya.Ada juga pelanggan yang perlukan privacy semasa memilih barang.

Yang penting kita atau sales assistant kena sentiasa ada juga berdekatan dengan pelangggan. Karang kalau dia panggil nak minta bantuan tapi kita xde, dah jadi sia sia lak warm welcome kita tadi.

Peratusan nak membeli pun boleh meningkat.


Lagi awal lagi bagus. Pelanggan baru langkah kaki nak masuk terus sapa Selamat Datang.
Setakat Kiz buat sruvey sambil jalan-jalan dalam mall, ada 3-4 butik sahaja yang buat ni..

Cuba try masuk butik Uniqlo, Zawara Coffee ataupun Calaqisya.. Dan rasa apa perasaannya sebagai customer.Mesti seronok kan???

P/S : Semua jenis perniagaan boleh warm welcome ni, tak semestinya butik, even jual goreng pisang pun lebih patut buat.



Wednesday 23 March 2016

Cara Nak Cantikkan Lagi Doorgift Anda Dengan Sticker Kahwin

Disebabkan ramai client Kiz yang datang nak tempah sticker kahwin hari ni Kiz nak share sikit cara cara nak cantikkan lagi doorgift dengan sticker kahwin.Penting tau sticker kahwin ni lau nak tampal kat doorgift kahwin terutamanya untuk jaga hati tetamu yang terdekat macam ahli keluarga, sedara mara dan kawan kawan baik.

Kalau doorgift yang u all bagi tu kemas dan cantik,tetamu yang datang tu mesti sambut dengan perasaan yang gembira..kadang kadang tu senyum lebar sampai ke pipi dapat doorgift kahwin yang cantik..

Cara Nak Cantikkan Lagi Doorgift Anda Dengan Sticker Kahwin

1)Pemilihan warna sepadan dengan warna tema majlis.

Pemilihan warna kat sticker tu nanti mesti lah kena match dengna tema majlis u all. Tak semestinya warna yang sama tau. Bagus juga kalau dekat sticker tu buat warna yang kontra dan berlainan.Jadi nampak keserlahan kat doorgift tu nanti..Kalau warna yang sama takut tetamu tak perasan keunikan  doorgift tu.U all mesti la nak tetamu nampak dan beri perhatian kat doorgift tu nanti kan...???

2)Pemilihan Design.

Ni pun Kiz cadangkan ikut tema majlis perkahwinan u all.Takkan tema retro tapi nak tampal sticker Ultraman lak kat doorgift kahwin u all?Haha.. mesti la tak macam tu kan?Ok..Kiz gurau je sebenarnya..Takkan la u all terpikir nak buat konsep yang berlainan macam tu sekali.

Kebanyakkan client Kiz letak gambar kartun pengantin atau pun corak bunga sebagai gambar design kat sticker tu.nampak simple dan kemas je la.Tapi nak letak yang vogue2 pun boleh..Kiz terima je permintaan u all..

3)Pemilihan bentuk sticker.

Nak sticker bulat atau petak lak bergantung pada packaging doorgift kahwin tu tau.Yang penting diameter sticker kena ukur betul betul dulu..kesilapan ni selalu berlaku sebab bakal pengantin ingat sticker tu besar bila tengok kat gambar,bila dapat kat tangan sticker tu rupa rupa nya kecik lak..

Jadi sticker tu tak tutup habis lah doorgift kahwin tu. Tak keterlaluan kalau Kiz cakap doorgift tu jadi cacat nanti..Malah makin memburukkan apppearance doorgift tu..

Fuh..OK ni Kiz nak btau...sebenarnya banyak je lagi pengantin tak tau macam mana cara nak cantikkan lagi doorgift dengan cara tampal sticker kahwin tu..Sebab ramai yang masih wasap Kiz tanya boleh ke sticker ni nak tampal kat doorgift kahwin..

Hehe..so kalau bakal pengantin kat luar sana dah tau cara cara nya boleh lah contact Kiz kat Fb Stickiz(klik sini) atau pun wasap kat no ni ya.. 019-275 1605.

Tq..

4 Jenis Sticker Printing Paling Popular Di Malaysia

Untuk hari ni Kiz bercadang nak bagi tau 4 jenis sticker printing paling popular di Malaysia.Kenapa u all perlu tau jenis jenis semua sticker ni?Sebabnya adalah supaya u all dapat buat keputusan dengan tepat ketika memilih jenis sticker mana satu yang sesuai untuk produk u all.

4 jenis sticker printing paling popular di malaysia


1)Mirrorkote paper.


Ok,yang paling popular dah tentu sticker yang menggunakan jenis mirrorkote paper.Nak tau kenapa mirrorkote paper ni paling popular?

Antara cici ciri mirrorkote paper adalah paper ni jenis yang melekat pada packaging.Memang tak akan tertanggal bila da lekatkan.Selain itu tahap kilat pada mirrorkote juga amat tinggi.
Sangat sesuai untuk digunakan pada doorgift untuk semua majlis perkahwinan dan keraian, dijadikan label paperbag, botol kaca dan juga plastik.


2)Matte paper



Untuk Matte Paper pula biasanya digunakan sebagai cover buku dan file.Jarang digunakan untuk printing sticker kerana permukaan paper adalah tidak berkilat.Tak keterlaluan kalau Kiz cakap permukaan matte paper ni sedikit kasar.Dan lagi 1 info yang u all perlu tau adalah sticker matte ni akan di laminate


3)Glossy paper



Glossy paper pula mendapat permintaan bergantung pada minat owner produk.Sudah tentu sticker yang menggunakan glossy paper mempunyai tahap kilat yang palng tinggi.Tapi Kiz na cadangkan kalau nak guna glossy paper ni kena bergantung juga pada packaging produk.Takut tak berapa nak sesuai..

4)Transparent paper


Dan yang terakhir adalah transparent paper.Yang biasanya yang suka sticker macam ni perempuan jer..sebabnya nak menampakkan dan menonjolkan gambar yang ada kat sticker tu.Dan biasanya sticker ni hanya digunakan pada botol kaca sahaja..

Di antara ke empat empat jenis sticker printing paling popular di Malaysia ni,,memang Kiz cadangkan pada u all untuk menggunakan mirrorkote paper sahaja untuk lekatkan pada produk u all dan juga doorgift u all.Sebab mirrorkote paper ni la yang paling lasak dan kalis air..

So mari lah print sticker di Stickiz..hehe


Tuesday 22 March 2016

Kenapa Di Stickiz Boleh Tempah Harga Sticker Paling Murah.

Hari ni Kiz nak btau sedikit rahsia kenapa kat Stickiz boleh bagi harga sticker paling murah.
Pada mulanya ramai yang terkejut tak sangka sebab harga Stickiz memang berpatutan dari kedai kedai lain.

Tapi secara realitinya bukan harga murah saja yang menjadi keutamaan Kiz ya.Meh kita tengok apa faktor faktor nya yang menyebabkan Stickiz jadi pilihan ramai.

Sebab dan punca kenapa Stickiz harga sticker paling murah

1)Pembelian Paper khas sticker dalam kuantiti yang sangat banyak

Kiz memang beli paper sticker ni dalam kuantiti yang banyak.Tujuannya adalah untuk mengurangkan kos pembelian Stickiz.Memang kalau sekali beli tu penuh rack dengan paper sticker ni.

2)Penggunaan mesin printer sticker yang berkualiti tinggi.

Agak agak berapa kos untuk 1 mesin printer sticker yang Kiz gunakan di Stickiz?Kiz beli dalam berpuluh ribu gak sebenarnya.MAAF.tak boleh bagitau harga yang sebenar.

Tujuan Kiz gunakan mesin yang memang mahal ni bukan sahaja untuk dapatkan hasil yang berkualiti tinggi,tapi pada masa yang sama dapat menjimatkan masa dan menghasilkan pengeluaran yang tinggi pada setia hari.

So bila pengeluaran tinggi, Kiz dapat lah ambil order dengan banyak..
Lagi satu sebab mesin ni susah nak rosak.dah bertahun pakai tak pernah lagi rosak.

Sebelum ni pernah pakai yang murah selalu sangat rosak.
Mesti u all suma pernah tempah sticker kat kedai lain tapi pada masa sama kedai tu tak dapat siapkan pada masa yang sepatutnya kan???

3)Staff yang berdedikasi tinggi.

Jangan risau!!!
Di Stickiz,Kiz memang mengutamakan perkhidmatan yang bermutu tinggi kepada bakal bakal client Stickiz.Seminggu sekali Kiz akan buat briefing pada semua staff mengenai masalah masalah yang dihadapi sepanjang mengedalikan client.

So kalau ada staff staff Kiz yang buat hal atau tak memberikan layanan yang baik pada u all jangan malu nalu ok untuk report pada Kiz.

InsyaAllah setiap komplen dari u all semua akan Kiz perbaiki dan 1 hari nanti Stickiz akan menjadi kedai yang popular dengan layanan baik dari staf staf nya..

OK!!
Sekarang ni Kiz dah jelaskan kenapa di stickiz boleh dapatkan harga sticker paling murah.dan yang paling penting sekali Kiz ada bagitau di stckiz bukan sahaja murah tetapi kualiti dan perkhidmatan yang baik juga diutamakan..

Akhir sekali kalau nak order nak tempah atau pun nak komplen boleh je contact Kiz di sini ya(Facebook Stickiz)

bye.......


Sticker Design Untuk Penggemar Coffee Ice Blend

Ada tak business owner yang masih lagi mencari design sticker untuk penggemar coffee cawan besar atau ice blend?

Kalau ada Kiz nak tunjuk lagi satu contoh memandangkan masih ramai lagi yang berminat untuk membuka dan berniaga coffee cawan besar ni.Dan memang pasti permintaan terhadap coffee cawan besar ni memang tinggi lagi lah dengan keadaan musim panas sekarang ni...

Sticker Design Untuk Coffee Ice Blend

Process Sticker Design

1)Pemilihan design.

Untuk design sticker kali ni client tak nak letak cawan coffee sebagai gambar background sticker.Tetapi memilih untuk menggunakan bentuk S1 dan design Kubebas.Warna Font yang digunakan pula adalah warna putih.

2)Pemilihan Tagline.

Haaa..untuk pemilihan tag line kali ni client telah decide dengan satu tag line yang dah biasa dan femes yang selalu digunakan oleh company company besar makanan seperti Mcdonald,KFC dan Pizza Hut.

Tag line yang digunakan adalah Take Away Coffee Ice Blend.
Macam biasa dengar je kan?
Dan lepas dengar kita pun akan take away je coffee ni kan?
1 strategi tag line yang bagus pada pendapat Kiz..

3)Pemilihan warna background.

Untuk pemilihan warna background pula client pilih untuk kekalkan dan mengikut warna yang dah sebati dengan coffee iaitu warna tema coffee Starbuck(warna hijau tua).

Dan dalam kotak kuning tu pula ada tambahan font SINCE 2016.
Sticker Design Untuk Penggemar Coffee Ice Blend
So kalau ada business owner yang masih buat sticker design untuk business coffee boleh je tanya tanya Kiz macam mana nak buat atau pun dapatkan idea yang bagus untuk business coffee ni ya.

Dan kalau ada yang ragu ragu atau tertanya tanya lagi sama ada boleh jalankan lagi atau tak business coffee ni Kiz nak bagi tahu 1 rahsia....

Sebenarnya sampai sekarang masih banyak lagi client yang tempah dan buat design sticker untuk business coffee ice blend.

Jadi tunggu apa lag meh tempah sticker dengan kiz dan Stickiz(Klik Sini)



Sunday 20 March 2016

Sticker Design Untuk Cookies Red Scarf

Antara tempahan yang Kiz dapat untuk minggu ni adalah sticker design untuk penggemar cookies red scarf.Namanya red scarf tapi cookies tau bukan tudung...jangan keliru lak..

Sticker Design Untuk Cookies Red Scarf

Pada mulanya Red Scarf hanya menggunakan kertas A4 biasa dan ditampal pada botol cookies.Menyedari kepentingan sticker yang cantik untuk menarik minat pelanggan,red Scarf telah menghubungi Kiz unutk membuat tempahan sticker.
 

Maklumat yang diperlukan

1)Tema warna pink.

Red Scarf telah membuat keputusan untuk menggunakan tema berwarna pink kerana warna pink adalah warna kegemaran untuk kebanyakan penggemar cookies.Katanya penggemar cookies ni adalah dari golongan kanak anak sehingga remaja.

2)Akaun Instagram dan No Whatsapp

Kemudian,Red Scarf ingin meletak akaun instagram atas nama akaun @bellakhider dan juga nombor telefon yang digunakan untuk whatsapp.

Lihat hasilnya..

1st Draf.

Yang ni hasil design yang pertama.walau bagaimanapun Red Scarf telah meminta konsep yang lain.

2nd Draf

Yang ni lak design yang kedua.Warna background Kiz tukar kepada warna hitam.Tapi kemudiannya Red Scarf telah meminta semula untuk menukar warna background kepada warna putih.

Final Draf

Dan akhirnya,setelah membuat design yang ketiga baru lah Red Scarf berpuas hati.kat design ni Kiz tukar font yang nampak moden sikit dan warna background pun Kiz tukar kepada pink yang light sikit..



Friday 18 March 2016

Betul Ke orang Cakap Print Sticker Kat Stickiz Paling Murah Kat Shah Alam?

Masa awal tahun ritu Kiz ada wat 1 post 'betul ke Stickiz print sticker paling murah kat shah alam'?
Post ni Kiz wat kat fb stickiz.
Tujuan Kiz wat post ni pada mulanya just nak tau sama ada harga yang Kiz offer tu berpatutan ke tak.mana la tau takut2 termahal ke kan..


Print sticker paling murah di Shah Alam.


Haaa..mesti suma nak tau kan macam mana feedback yang Kiz dapat lepas Kiz wat Post tu?

1)Jumlah like,komen dan share

Untuk status post ni Kiz biar dia available kat facebook dalam seminggu gak.Alhamdulillah dengan jumlah page likers sebanyak (berapa) masa tu,
dapat gak la total (berapa like,komen dan share.hehe.

2)Apa yang client Kiz komen?

Ada beberapa komen yang kiz betul betul tersentuh bila baca..tak sangka selama ni client kiz betul betul hargai dan suka dengan quality
service yang Kiz sediakan.

Kebanyakannya puji dengan cara Kiz layan diorang.Dan perkara yang paling penting diorang cakap ada lah Stickiz ni ada customer service
yang sangat professional,senang di bawa bincang.Bila hantar whatsapp tu sekejap ke je stickiz dah balas.

3)Contoh komen dari client.

Clien Kiz cakap mula mula tak sangka gak dengan harga yang Stickiz bagi tu betul ke boleh dapat design yang cantik cantik?
yela..biasanya kan kalau kita nak design yang berkualiti tinggi,harga pun tinggi gak.hehe..

Tapi Alhamdulillah masing masing berpuas hati dengan qulity design jika dibandingkan dengan harga yang Stickiz bagi.

Kesempatan ni Kiz nak berterima kasih sangat pada client Kiz yang dah pernah print sticker dekat Kiz.Ramai sangat yang dah tolong rekemen ka
kedai Stickiz ni.Kalau client baru datang,ramai yang cakap 'saya datang print  sticker kat sini sebenarnya sebab kawan saya yang bagi tau Stickiz
print sticker paling murah kat Shah Alam.

Kepada client yang baru nak tempah dan print sticker kat Stickiz,Kiz nak mengalu alukan sangat kesudian u all suma.

InsyaAllah Kiz akan berikan perkhidmatan yang paling baik dari segi kualiti design,kos dan masa siap nanti.

Wednesday 16 March 2016

Sticker Design Untuk Penggemar Kopi Galau

Sticker Design Untuk Kopi Galau

Hari ni Kiz nak share sticker design untuk penggemar kopi.Biasa je kan bila masuk kampung terutamanya kampung orang Jawa kita akan dengar orang kampung cakap 'Jom ngopi dulu wak?'

Ke tak biasa dengar?Kalau Kiz biasa dengar orang cakap ngeteh je.Tapi jangan tak sangka kopi pun boleh jadi ngopi..

Meh Kiz introduce dulu apa Kopi Galau ni.Sebenarnya perkataan Galau ni berasal dari Indonesia.Galau ni perasaan je tau.Bukannya jenis biji kopi tu.Kiranya siapa yang lepas minum kopi ni akan ada datang persaan galau tu.Atau pun lebih tepat lepas minum akan datang perasaan kekacauan dan tidak keruan.Macam ketagih gitu..Tapi memang minum kopi boleh jadi ketagih pun kan?

Process Sticker Design

Sketch Gambaran Design

Mula mula Kiz sketch dulu kat atas kertas untuk memudahkan proses penjanaan idea.Kadang2 Kiz memang kena sketch dulu atas kertas,baru la timbul macam2 cara dan idea untuk mencantikkan design ni.
Sticker Design Kopi Galau



Pemilihan Idea

Bila kita cakap pasal kopi,untuk sekarang ni mesti semua terpikir kopi yang cawan besar tu kan?Jadi untuk mengekalkan penjenamaan identiti kopi yang sememangnya tengah branding ni Kiz decide untuk pilih gambar cawan besar sebagai background sticker ni.So tak payah lah susah2 kita nak pikir nak letak design apa.Just follow trending yang tengah naik sekarang ni..



Pemilihan Tag Line

Haa..Tag Line ni memang Kiz akan follow kehendak client.Tapi kadang kadang kalau Kiz rasa tag line nya tak kena atau pun tak sedap,terus terang Kiz akan cakap pada Klien yang tag line tu tak sesuai.Kiranya Kiz akan buat perbincangan jugak la dengan client.Lepas tu Kiz akan letakkan diri Kiz sebagai customer dan Kiz akan tengok sama ada tag line tu boleh buatkan Kiz teringat ke tak kat produk tu..

So tag line untuk Kopi Galau ni 'Rasa Satu,Ingat Selalu'.U all rasa???ok tak?


Sticker Design Kopi Galau

Jadi setelah tunjuk kepada client hasil yang telah disiapkan,client pun bersetuju untuk memilih sticker design ni.

Untuk penggemar penggemar kopi boleh lah cuba Kopi Galau ni ya.Mana la tau..jadi tak kerua lepas tu.hehe..

Untuk sesiapa yang berminat lak boleh lah contact terus number Stickiz ni..


HP : 019-2750165
TEL : 03-55242669

Atau nak jenguk-jenguk boleh jenguk FB Stickiz (klik LINK ini).
Harap-harap client berpuashati dengan hasil sticker design & printing dari Stickiz ini.

Terima Kasih!!


Tuesday 15 March 2016

Perlu Ke Dapatkan Sticker Paling Murah Untuk Packaging Business?

Hari ni Kiz nak bagitau betapa pentingnya untuk kita dapatkan sticker paling murah untuk packaging business kita.Dah penat2 pikir nak branding design suma mestilah kita kalau boleh nak print sticker yang murah2 je kan...

Sebab-sebab kenapa kita perlu dapatkan sticker paling murah

Kos pengiklanan yang semakin tinggi!

Haaa..ni lah yang buatkan ramai bos bos kat luar sana semakin pening macam mana nak minimize expenses business.Ya la semenjak dua menjak ni kos pengiklanan semakin meningkat dek kerana kejatuhan mata wang Malaysia.Bukannya sikit2 jatuh,boleh dikatakan kos pengiklanan naik 2 kali ganda!!!

Nak taknak kena cari gak idea kurangkan kos kos lain..kalau tak akhir bulan pening gak time nak tutup akaun..

Design cantik tapi murah.Ada ker?

Ada jer..Macam graphic designer Kiz memang lain macam sikit idea2 design dia.Kadang2 tu macam tak percaya yang dia buat design pelik2.Dan kadang2 dia buat design yang kita langsung tak terpikir boleh buat.Betul la orang cakap imaginasi designer ni memang tahap paling tinggi yang kita langsung tak jangka..paling best sekali kalau tengok dia lukis kat atas kertas dulu then baru dia lukis kat computer..macam smooth jer keje dia.

So ada 1 hari tu Kiz cuba lah lukis gak.Pergh memang susah gila.Cuba teka berapa hari Kiz dapat siapkan design tu?

1 hari suntuk hoookayyy.(haha berangan nak buat sendiri terus esoknya Kiz dah tak nak buat dah..)

Ni lah Contohnya design yang dilukis tu.Smart tak?


So lebih menguntungkan kalau dapat design sticker yang cantik macam kat atas ni tapi harganya kira paling murah.confirm-comfirm jimat kan!!

Kalau yang berminat tu boleh lah contact terus number Stickiz ni..

HP : 019-2750165
TEL : 03-55242669

Jangan lupa like facebook page Stickiz untuk maklumat lanjut & dapatkan harga sticker paling murah dari stickiz ok..



Sticker Design Dear Caliph

Yang ni salah satu contoh Design Sticker client Kiz.Dear Caliph namanya..cuma Kiz tak sure business apa yang Dear Caliph ni buat.Tapi namanya memang sedap di dengar.

Details Sticker.

TULISAN :
DEAR CALIPH
KUALA LUMPUR


Sebelum Kiz nak design,Kiz kena dapatkan betul2 apa permintaan dari client.
So Client yang ni cakap dia nak sticker ni nampak exclusive.Top Exclusive!

Pastu background hitam atau kelabu gelap.
Tulisan lak nak colourgold , betul2 gold emas tulen gitu.

Lihat Hasilnya.

Dan hasilnya ini lah yang Kiz dapat buatkan.Ada kerawang yang menampakkan kemegahan di sebalik tulisan CD tu ya.


Sticker Design & Printing Dear Caliph
So kalau u all rasa nak nampak kemegahan macam sticker design ni,memang Kiz cadangkan tambah kerawang sebagai pelengkap.Ditambah dengan warna gold pada tulisan dan background hitam memang menyerlahkan lagi kemewahan pada sticker ni.

Kalau yang berminat tu boleh lah contact terus number Stickiz ni..

HP : 019-2750165
TEL : 03-55242669

Kalau nak jenguk-jenguk boleh jenguk FB Stickiz (klik LINK ini) yer!
Harap-harap client berpuashati dengan hasil sticker design & printing dari Stickiz ini.

Friday 4 March 2016

Sticker design untuk delima madu asli

Orang kata madu ni baik untuk kesihatan, so hari ni Kiz nak tunjuk sticker design kiz buat untuk client ni. Beliau buat bisnes Delima Madu Asli. Menarik kan?  Kiz pun baru first time ni dengar.

Proses sticker design

Idea Permulaan

Ok mula-mula, Kiz akan kenalpasti dahulu apa yang client mahu design yang macamana. Jadi selepas minta info berkenaan konsep design, client kata nak konsep design yang simple dan mudah dibaca, dan yang paling penting, memberi tarikan.

Mulakan research!

Seterusnya, team SWAT daripada Stickiz (gurau je, bukan team swat sebenarnya, mungkin lebih kepada team SWAG) terus buat kajian latar belakang. Dan daripada hasil pemerhatian (cewah), team Stickiz dapati delima madu asli ni adalah sejenis madu, cuma dia lebih unik berbanding madu biasa.

Lihat Hasilnya

Sticker Design & Printing untuk minuman delima madu asli

Selepas berhempas pulas bereksperimen dengan sticker design untuk minuman delima madu asli ni, akhirnya ini lah dia hasilnya. Kami letakkan buah delima sendiri sebagai background. Ok tak? Hmm tiba-tiba rasa macam lebih baik kalau tukar keoren-orenan sikit. Anda rasa?

Design yang anda lihat diatas ni baru draft 1 tau, bermakna ada kemungkinan client akan mintta nak ubah lagi.. Di Stickiz, anda boleh edit sehingga 3 kali kemudian barulah kita mulakan proses printing sticker yang murah lagi cantik tu.. hihi

Kalau yang berminat tu boleh lah contact terus number Stickiz ni..


HP : 019-2750165
TEL : 03-55242669

Kalau nak jenguk-jenguk boleh jenguk FB Stickiz (klik LINK ini) yer!
Harap-harap client berpuashati dengan hasil sticker design & printing dari Stickiz ini.

Thursday 3 March 2016

Sticker design & printing untuk Nuracute yang supercute!

Memandangkan hari ni Kiz sedang dalam mood comel, Kiz nak kongsikan artwork sticker design yang kiz buat untuk brand Nuracute. Client ni mintak Kiz designkan dan buat sticker printing sekali.

Mula-mula fikir konsep dulu

Idea permulaan 

Disebabkan nama brand beliau sudahpun nama Nuracute..  Bermakna mesti nak kami designkan comel-comelkan? Betul tak? So designer professional Stickiz tampil dengan idea konsep  girlish. Iaitu lebih kepada pink-pink, sweet-sweet gitu. Ok?

Kajian bermula

Kiz seterusnya terus buat kajian sedikit mengenai profil bisnes client. Dan Kiz dapati brand client ni jual handmade cake & cookies. Ala macam cheese cake apa semua tu. Mesti anda tahu kan? Oh lupa, mana tau tiba-tiba rasa lapar nak makan kek lepas Kiz duk cerita pasal kek je ni maaf ya.

Hasil Akhir

Maka terhasil lah sticker design yang super cute dari Stickiz ni. Kalau ada rasa nak komen-komen design ni pun boleh je, Stickiz open minded (katanya).

hasil sticker design & printing Nura Cute

Haa ok tak design Kiz buat? kat tengah Kiz letak kartun cakes & cookies sikit supaya orang nampak oo dia ni jual ni rupanya. Faham kan? Pastu ada polkadot sikit nak bagi nampak lebih cute.

Kalau yang berminat tu boleh lah contact terus number Stickiz ni..

HP : 019-2750165
TEL : 03-55242669

Kalau nak jenguk-jenguk boleh jenguk FB Stickiz (klik LINK ini) yer!
Harap-harap client berpuashati dengan hasil sticker design & printing dari Stickiz ini.

Wednesday 2 March 2016

Portfolio : sticker design untuk kedai aksesori motor

Hari ni Kiz nak share sticker design untuk satu kedai yang jual aksesori motor ni. Rasanya macam sparepart, helmet, spek and so on lah kot ya?

Asalnya client bagi gambar kat bawah ni kemudian mintak tambahkan teks yang diberi pada sticker tersebut, pening jugak kan macamana nak bagi cantik ni?

gambal asal - jangan ambil ya gambar ni (client punya)
Ok jangan risau, so team design Stickiz pun berbincang. Bincang punya bincang, terhasilah sticker design ini.. chewah, kami buat ala-ala manipulation gitu, konon ada cahaya dari belakang so kat depan spek tu ada bayang  spek dan helmet.. Kira nak nampak macam power lah kan..

Ok dah la membebel tu kiz oi, ni artwork lepas siap,

hasil artwork
Nampak tak Stickiz berjaya ubah dari gambar biasa kepada luar biasa kan? Hopefully client Stickiz berpuashati dengan design yang diberi sebab kami memang nak buat sticker printing yang fokus pada design yang cantik..

Kalau yang berminat tu boleh lah contact terus number Stickiz ni..
HP : 019-2750165
TEL : 03-55242669

Kalau nak jenguk-jenguk boleh jenguk FB Stickiz (klik LINK ini) yer!

So far bos stickiz amat berpuashati dengan sticker design ni, anda pula? :)

Sharing artwork hasil sticker design dari stickiz

Hari ni encik Kiz nak share hasil sticker yang stickiz dan design untuk client encik Kiz. Sebenarnya artwork ni dikira belum siap sepenuhnya tapi disebabkan team Stickiz terlampau excited nak tunjuk hasil design so ini lah dia.. Tadaaaa!

sticker design dari stickiz

Promote sikit ni.. Memperkenalkan Alapbana Coffee & Tea, Chillax until last drop.. Nampak sedap kan? Ini belum tampal kat cawan besar tu lagi.. Kalau tampal ni mesti lagi gempak kan.. Sebenarnya sticker ni client mintak designkan dengan tema teks hijau kuning tapi encik Kiz mengada jugak nak guna warna putih je.. 

So kita tunggu camne komen dari client Stickiz ni nanti. Mungkin ada perubahan atau mungkin boleh terus proceed sticker printing terus? Kalau kompem terus tu memang terbaik tu..

Eh sebelum tu, lupa encik Kiz nak ingatkan, kami ada juga buat sticker untuk sticker kahwin tau, tapi kalau yang sticker kahwin ni korang just tinggal pilih design n kami editkan color dan teks je..design PERCUMA je tau.. Order 1000pcs harga jatuh 10 sen je satu atau RM100 lah kan..Memang sticker ni kami caj murah murah je tau..

Kalau yang berminat tu boleh lah contact terus number Stickiz ni..
HP : 019-2750165
TEL : 03-55242669

Kalau nak jenguk-jenguk boleh jenguk FB Stickiz (klik LINK ini) yer!

So thats all for today, hopefully client berpuashati lah dengan hasil sticker design dari Stickiz ni :)