Wednesday 6 April 2016

Pengalaman Kiz Sebelum Buat Bisnes Sticker Printing

Alhamdulillah banyak pengalaman yang Kiz dapat sebelum memulakan bisnes sticker printing ni. Selepas bertahun tahun mencuba dan menjual pelbagai produk, merentasi banyak cabaran terutamanya masalah kewangan pada masa tu membuatkan Kiz tak pernah berputus asa untuk terus mencuba mencari kejayaan. Dan pada hari ni Kiz mula rasakan segala pengorbanan  Kiz sebelum ni mula membuahkan hasil.

Insya Allah kiz akan cuba share sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu yang Kiz praktikkan sebelum memulakan bisnes sticker printing ni tuk rujukan u all..

Pengalaman Kiz Sebelum Buat Bisnes Sticker Printing


Minat yang mendalam terhadap bisnes


Sape yang follow Kiz akan tau Kiz wat bisnes bukan lah untuk mencari untung semata mata. Tapi Kiz sangat suka dan gembira bila Kiz dapat menyelesaikan "masalah" customer Kiz. Ingat! di dalam bisnes, yang penting kita mesti concern dengan "masalah" customer kita, Jangan tunjukkan yang kita menjual kepada mereka, tapi kita kena tunjukkan yang kita nak selesaikan "masalah" mereka.Bila kita dah tau "masalah" apa, kita pergi kepada penyelesaiannya. Masa tu la kita suggest produk kita.. Insya Allah dah senang dah nak close sales masa tu..

Tawakkal kepada Allah! Doa supaya dicukupkan!


Yang ni paling penting. Tau tak masa mula mula Kiz kahwin masa tu Kiz masih praktikal lagi kat SSM Shah Alam. Elaun praktikal rm300 je. Nak bayar rumah sewa dah rm500, loan kereta myvi pun rm500, minyak kereta rm 300. Agak agak u all semua duit Kiz cukup tak, nak cover suma perbelanjaan? Mesti tak cukup kan?

Kiz pun sekarang bila pikir balik, tersenyum semula macam mana la masa tu boleh cukup gak akhirnya.. padahal lau wat kira kira atas kertas memang tak cukup. Tapi tu la bila kita tawakkal kat tuhan dan berdoa selau Insya Allah tuhan akan sentiasa tolong kita.

Buat Servis Tanpa Modal


Disebabkan masa tu Kiz tau la gak sikit sikit nak wat design dan edit design guna photoshop dan illustrator, Kiz pun wat job amik upah wat design. Yang ni tanpa modal tau. Kiranya u all kalau nak start dengan bisnes pun boleh wat camni. Sekurang kurang nya tak rugi nak amik stok pastu bila tak terjual simpan je stok tu bawah katil..hehe

Ok Kiz sambung balik, masa ni balik je dari practikal, malam malam Kiz akan wat kan design customer lak. Jangan ingat hari hari ada job tau. kadang kadang ada kadang kadang tak de gak. Bila ada tu seronok sangat la masa tu.

Banyak kelebihan wat bisnes service tanpa modal ni tau. Sebab tu Kiz selalu tekan kan kepada u all supaya try wat service tanpa modal dulu. Tujuannya supaya kita tau cabaran yang kita tak expect akan datang. Contohnya ada yang mintak harga murah murah. camne nita nak buat tu? Nak bagi murah atau pun kekalkan harga?

So ini lah antara pengalaman yang Kiz dapat sebelum memulakan bisnes sticker printing. nak tau lagi? Teruskan follow dan baca blog ni ya.

Owh ya! Yang mana ngah cari tempat tuk wat sticker ni boleh la pm Kiz kat facebook Stickiz (klik sini tau)

No comments:

Post a Comment