Saturday 30 April 2016

Contoh Design Sticker Untuk Cornflakes Crunchy By Bakemie

Maaf semua hampir seminggu Kiz tak update blog ni atas sebab sebab yang tak dapat Kiz nak elakkan tetapi malam ni Kiz dah betul betul ready untuk update post baru mengenai contoh design sticker yang terbaru. Kali ni untuk produk makanan cornflakes crunchy by Bakermie pula ya.

Jom kita review design sticker yang Kiz wat special tuk cornflakes crunchy ni :-)

Contoh Design Sticker Untuk Cornflakes Crunchy By Bakemie


Konsep Dan Design


Olrite jom kita mulakan dulu dengan konsep dan design sticker ni.  Macam biasalah. sebelum memulakan proses pemilihan idea untuk design sticker, Kiz kena tanya dulu pada client jika dia ada idea yang tersendiri untuk letak pada sticker ni.

Alhamdulillah Kiz telah diberikan kebebasan sepenuhnya untuk edit design mengikut kreativiti Kiz. Cuma client minta warna, perkataan dan gambar pada sticker perlu lah mengikut draft yang disediakan oleh client.

Gambar Asal Yang Disediakan Oleh Client


Ya. Gambar yang kat bawah ni lah gambar asalnya. Ni tak ambil dari internet ya. Memang gambar original yang diberikan dari client. Seriusly bila tengok gambar makanan yang betul2 dibuat oleh client memang terasa sedap sangat.. Setiap kali Kiz buat dsesign tuk diorang ni mesti Kiz terliur jer..

Maklum je tak ada depan mata tau. kalau tak mesti Kiz dah g beli dah..hehe..


Gambar Cornflakes Yang Disediakan Client

 Design Yang Telah Kiz Siapkan


Design  yang di bawah ni adalah design lama yang client gunakan. Ini lah contoh draft yang perlu Kiz ikut ya. Semua perkataan dan warna Kiz kena ikut sebijik dalam sticker ni. Cuma design je yang Kiz perlu tukar.


Haaaaa.. yang ni la design yang Kiz dah siapakan. lagi cantik dan menyerlah dari sticker asal kan? Nak tau kenapa sticker yang Kiz buat ni nampak lagi menyerlah dan ceria?

Jom kita review jap. Sticker yang ni Kiz mainkan sedikit dengan warna kuning terutamanya pada warna font. Jenis font yang digunakan juga perlulah menarik dan besar. Jika u all bandingkan dengan sticker di atas warna dan jenis font yang digunakan sangat tidak menyerlah.

Macam mana customer nak beli produk u all jika nama produk u all pun nampak tak menarik dan kelam sahaja? Dah tentu customer tak ada perasaan pun ank beli kan?

Di bawah nama produk "corn flakes crunchy" Kiz letak no telefon client dan Kiz gunakan logo whatsapp sahaja since client prefer untuk terima order hanya melalui whatsapp. Manakala page facebook Kiz susun di sebelah bawah keliling dengan bentuk bulat sticker..

Lagi satu faktor yang penting dalam menaikkan keceriaan pada sticker ni adalah penggunaan warna pink pada keliling luaran bulatan sticker. Kalau u all nak tau warna pink dan warna kuning memang antara kombinasi warna yang paling Kiz selalu gunakan since kombinasi warna ni tersangat sangat lah dapat menatik perhatian customer.


 Ini lah Dia hasil Akhir Yang Disiapkan.. !!!


So apa pendapat u all antara design lama cornflakes crunchy n dengan design baru yang Kiz buat? Nampak tak perbezaannya? Lagi cantik dan menarik kan?

Puji lah Kiz sikit..hehe..


Olrite dah lepas tengok hasil kerja Kiz dan contoh design sticker untuk cornflakes by Bakemie ni boleh lah u all lak yang wat tempahan dengan Stickiz ( klik Sini ) ya untuk sticker produk u all pula.

InsyaAllah Kiz akan buat design yang terbaik untuk u all semua.. Thanks... :-)

No comments:

Post a Comment