Thursday 14 April 2016

Contoh Design Sticker Untuk Kek Batik By Bateqlicious

Design seterusnya yang Kiz akan update hari ni adalah contoh design sticker untuk perniagaan kek batik. Masa Kiz kecik kecik memang puas makan kek batik ni. Asal hujung minggu je mesti akak kepada Kiz akan buat kek ni. 

Dah besar ni pun selalu je teringin nak makan lagi. Tapi kan rasanya dah lama gak Kiz tak makan kek batik ni. Maybe masa kecik tu memang tak boleh lari dengan kesedapan milo kot. Tu yang rasa macam ketagih je makan kek batik ni. Lagi best makan masa petang sambil minum air nescafe ngan tengok kartun sekali. :-)

Contoh Design Sticker Untuk Kek Batik By Bateqlicious


Konsep Dan Design


Untuk konsep dan design kali ni ditentukan oleh puan Fiza. Puan Fiza ni adalah owner kepada perniagaaan Bateqlicious ni ya. Bentuk design yang ingin digunakan adalah berbentuk bulat dan diameter sticker nya pulak sepanjang 6 cm.

Gambar kek batik yang kat bawah ni gambar yang dihantar sendiri dari puan Fiza tau. terus lapar lak Kiz bila tengok gambar ni. Memang nampak sedap dan menggiurkan.

Kalau u all semua nak buat sticker nanti pun Kiz suggestkan untuk letak sendiri gambar makanan yang u all buat. Tak perlu ambil dari internet. Sebab kelebihan letak gambar sendiri ni akan menimbulkan "trust" dari customer semasa nak membeli. Kira nampak real la yang makanan tu rupanya sebijik macam kat dalam sticker.  

Gambar Asal Kek Batik yang Diberi

Gambar Asal Kek batik Yang Diberi

Warna Dan Tema Background


Since kesedapan kek batik ni adalah sebenarnya dari chocolate, seelok elok nya penggunaan warna sticker nya pun adalah coklat. U all boleh refer pada gambar kat bawah :

Yang ni kiz dah crop gambar kek batik tadi. Kiz pilih untuk ambil gambar yang kedua since susanan kek batik nya tersusn dan lebih kemas. Dan Kiz tampal pada corak kerawang yang warna nya kelabu dan ada background belakang warna coklat.

Untuk tulisan brand Bateqlicious lak diletak kat sebelah bawah sikit dalam bulatan tu. Manakala details lain seperti tagline dan nombor telefon diletak rapat kat sebelah bawah nama brand.



Taraaa.... Yang ni dah siap crop sepenuhnya untuk dapatkan bentuk bulat tu. Owh ya sedikit line bulat berwarna gold tu ditambah untuk menyerlahkan gambar kek batik yang kat tengah tengah sticker tu.

Design Yang Dah Siap


Dan Inilah Hasilnya Design Yang Dah Siap!!!


Design Yang Dah Siap

Untuk peniaga kek atau makanan yang lain pun kalau nak usha usha design sticker macam kek batik ni boleh pm Kiz ya !! ( klik sini )


No comments:

Post a Comment