Thursday 21 April 2016

Nasi Lemak Tapau Pun Dah Ada Design Sticker Sendiri

Dasyat dah sekarang tau orang jual nasi lemak pun nak ada design sticker dia sendiri. Siapa kata bisnes makanan yang beli bungkus atau tapau ni tak payah ada sticker pun tak pe. Sticker ni penting tau untuk tujuan marketing kita. Nak lagi bagus letak flyers atau pun bisnes card lat dalam tu. Mesti lagi cepar dapat tempahan yang banyak.

Ok disebabkan Kiz dah tak sabar nak tunjuk kat u all design nya jom kita review cepat design sticker yang paling rare setakat ni.. Nasi Lemak Tapau....!!

Nasi Lemak Tapau Pun Dah Ada Design Sticker Sendiri


Konsep Dan Design


Design asal nasi lemak ni diilhamkan sendiri oleh bisnes owner nasi lemak ni sendiri iaitu puan Nurhazisha. Bentuk sticker yang diminta adalah petak dengan berukuran panjang 8 cm dan lebar 3 cm. Manakala teks utama yang hendak diletak adalah "NASI LEMAK TAPAU".

Kat sebelah atas kanan sticker pula Kiz perlu letak gambar nasi lemak yang dijual ya.

Lakaran Design Asal

Warna dan Tema background


Hehe..dah macam wat sticker kahwin lak bila puan Nurhazisha minta Kiz supaya gunakan warna pink hitam dan putih sebagai warna utama. Apa apa pun Kiz tetak kena ikut permintaan client Kiz la kan? Ok warna utama background nya warna pink tau. Warna font pula adalah warna putih. Dan Kiz gunakan warna hitam sebagai warna bingaki yang Kiz letak kat penjuru sebelah atas dan bawah sticker.

Details Lain Yang Diletak


Details lain yang diletak pada sticker pula adalah teks untuk tempahan dan no telefon uang perlu dihubungi jika ingin customer membuat tempahan. Warna font untuk teks tamabahan ni pun Kiz gunakan warna putih ya.


Dan Ini lah Hasil Akhir Design Yang Dah Disiapkan... !!!


Lain dari yang lain tau nasi lemak warna pink ni. Semoga idea untuk menonjolkan imej dan membuat kelainan pada nasi lemak yang difikir oleh puan Nurhazisha ni berjaya dengan sukses sekali.. !!!

Dan akan menjadi nasi lemak yang femes sekali di Malaysia ni sekaligus menjadi bualan orang ramai. Mana la tau rezeki dijemput jalan jalan cari makan tuk wat shooting tu datang?
Betul tak?

Design Akhir Yang Telah Disiapkan

So kalau ada yang nak wat kelainan pada bisnes u all even pada makanan seperti nasi lemak mihun dan nasi bungkus, boleh lah pm Cik Kiz ya. ( Klik Sini )

Cepat cepat follow idea puan Nurhazisha ni. Kalau u all terlambat sikit je wat inovasi pada produk u all susah nakbersaing nanti tau..!!!


No comments:

Post a Comment