Showing posts with label sticker shah alam. Show all posts
Showing posts with label sticker shah alam. Show all posts

Saturday, 16 April 2016

Contoh Design Sticker Akasia Untuk Majlis Tahlil

Walaupun hari ni hari Ahad, Kiz update juga blog Stickiz ni khas untuk tatapan pembaca kali ni Kiz tunjuk contoh design sticker untuk majlis tahlil khas untuk memperingati pemergian Arwah Salimun Bin Ali.

Sticker ni ditempah oleh anakanda nya untuk diletakkan pada doorgift yang akan diberikan kepada tetamu yang hadir pada majlis tahlil tu.

Contoh Design Sticker Akasia Untuk Majlis Tahlil


Jom kita tengok macam mana design Akasia ni digunakan dan diedit unutk dijadikan sticker majlis tahlil.

Konsep Dan Design


Bentuk sticker yang diminta oleh client Kiz kali ni adalah berbentuk bulat ya. Manakala design asal Akasia ni pula adalah berbentuk petak. Jadi kat design ni mula mula Kiz buat satu frame dulu kat tengah tengah sticker tu. bentuk frame nya u all boleh tengok kat gambar ya. Untuk tulisan pula client Kiz hanya minta untuk letak perkataan " Majlis Tahlil " dan nama " Arwah Salimun bin Ali".


Proses Design Frame Dan Tulisan Pada Sticker

Setelah siap design frame dan tulisan yang hendak diletak, Kiz pun crop la design Akasia ni menjadi bulat. Yang ni diameer sticker nya 5 cm sahaja. Tak silap Kiz untuk sticker ni akan dilekatkan pada botol kaca yang berisi makanan. Macam botol kaca yang biasa dijadikan doorgift pada majlis perkahwinan tu ya.

Proses Design Bentuk Stcker

Dan.. Inilah hasilnya..!!!


So dah siap dah.. Since client minta untuk gunakan design yang dah ready macam Akasia ni memang sekejap je lah Kiz buat. 5 minit je buat dah siap. perkara seterusnya yang perlu dibuat adalah proses printing. Dah siap print lak Kiz akan terus pos cepat cepat kepada client.

Untuk yang first time baru nak berurusan dengan Kiz jangan risau ya mengenai urusan penghantaran ni. Kiz hanya gunakan kurier pos laju sahaja untuk menjamin sticker yang ditempah cepat sampai kr tangan anda dalam masa 1 hari sahaja. Untuk urusan pengeposan pula akan dilakukan setiap hari kecuali hari Ahad :-)

Design Yang Sudah Disiapkan

Jika u all berminat dengan design Akasia ni jugak tak kira nak wat untuk majlis tahlil atau pun majlis majlis lain, contact la Kiz di Stickiz sekarang ya. Kalau nak wat sticker untuk bisnes dan majlis kahwin pun boleh. Pm je Kiz kat facebook Stickiz. Caranya klik kat sini sahaja.. Bye....

Friday, 8 April 2016

Design Pilihan Sticker Kahwin Stickiz

Alkisah nya pagi pagi lagi hari Kiz sampai office bukak folder lama dan cuba wat analisis sikit nak tengok design yang macam mana jadi pilihan paling ramai untuk sticker kahwin. Banyak gak faktor yang Kiz dapat jumpa dan kesan masa tengah wat analysis tadi.. Ni Kiz kongsikan pada suma k faktor faktor nya..

Design Pilihan Sticker Kahwin Stickiz


Warna Pilihan


Kiz senaraikan 5 warna yang jadi pilihan. Sudah tentu warna yang dipilih lembut lembut suma.. ya lah nak wat majlis kahwin tak kan nak wat garang2 kan?

1)Pink lembut
2)Biru muda
3)Purple muda
4)Kuning lembut
5)Putih (warna backdround)

Kombinasi Warna


Warna yang Kiz list kan kat atas tu warna secara rawak je tau. Maksudnya ada yang guna warna pink sebagai warna font, ada gak yang guna warna pink sebagai background. So kombinasi warna lak yang mana selalu jadi pilihan?

1)Pink dan putih - yang ni memang ramai gila yang nak. kat sini dah nampak dah kuasa decison nak tentukan warna sticker ni kat atas pengantin perempuan. Betul ke?

2)Pink dan biru lembut. Warna pink lagi sekali jadi pilihan. Biasanya kalau kombinasi warna macam ni warna pink tu jadi background, warna biru muda tu jadi warna font.

3)Pink dan Purple - yang ni pun warna pink sebagai warna background, warna purple sebagai warna font.

Berapa banyak warna dalam satu sticker?


Paling banyak yang Kiz dapat tempahan hanya 3 warna sahaja dalam 1 sticker tu. Tamnahan warna yang biasanya adalah warna putih dan hitam. Tapi ramai jugak tau yang suka banyak2 warna dalam satu sticker tu. Yang banyak warna bergantung pada jenis design ya

Gambar Pilihan


Yang ni paling best. gambar paling banyak yang digunakan dah tentu bunga, cincin dan love.. Ada gak yang nak leta gambar kartun. Bukan gambar kartun kat tv macam ultraman sailormoon tu tau. Tapi gambar pengantin dalam illustrasi kartun. Kiz paling suka lau ada gambar kartun ni, memang comel comel jer suma.. ada gambar yang naik motor, ada gak gambar pengantin lelaki dkung pengantin perempuan.

Perkataan Yang Digunakan


Yang ni macam biasa la. macam kat depan kad kahwin gak. ramai yang guna "Raikan Cinta", "Walimatul Urus", "Majlis Perkahwinan" dan " Terima Kasih". kat tengah sticker ada tarikh majlis perkahwinan.

So, bakal pengantin dah ada idea nak pilih design pilihan tuk sticker kahwin? Jom tengok design yang dah siap kat facebook Stickiz (klik sini)



Tuesday, 5 April 2016

Contoh Design Sticker Scrub Gebu Mulus

Untuk update design sticker hari ni Kiz tunjuk design scrub lak ya. Asyik kopi je bosan gak kan.. Ada ke yang tak tau scrub ni apa? Alaaa.. yang pakai kat muka pas beberapa minit tu tanggalkan then basuh je.. Kata nya kalau pakai scrub ni jerawat senang kecut pastu minyak dan kotoran kat muka tu pun senang tercabut. Betul ke? pembaca Stickiz dari golongan hawa leh confirmkan?

Contoh Design Sticker Scrub Gebu Mulus


Pemilihan Design


Saiz untuk sticker ni kecik je diameter yang digunakan lak 6 cm.Tapi tak lah kecik sangat besar juga pada Kiz kalau nak letak kat bekas scrub tu. Makna nya berbaloi gak la kalau beli scrub ni sebab kandungan nya mesti banyak. Bentuk sticker yang diminta pula ada lah bulat. Manakala untuk pemilihan design nak wat camne tu suma diserahkan kepada Kiz

Pemilihan Tag Line


Tag line yang dipilih ada lah "2 in 1 face & body" Nak kata tag line sebenar tu tak jugak. Cuma mungkin owner rasa kan letak fungsi dan kelebihan scrub ni di sticker adalah lebih penting dari letak tag line produk tu

Pemilihan warna background


Warna back ground yang diminta tak lain tak bukan warna pink lembut. Kalau melibatkan produk untuk kecantikan wanita ni biasanya basic colour memang pink. Ya lah.. pink kan warna kesukaan perempuan kan..mesti dapat tarik ramai pelanggan kalau guna warna pink..

Contoh design yang dah siap dan untuk dipilih


Yang design first Kiz wat simple simple je mengikut permintaan client. Ada kerawang warna pink yang lebih pekat kat atas dan kat bawah. Tulisan nama produk pula di tengah dan tag line betul betul berada di bawah nama produk. owh ya ada tambahan berat produk kat bawah sekali.. Nmpak kan?

Yang design no 2 ni lak Kiz tambahkan bunga dan daun di keliling hujung sticker. Tujuannya adalah untuk menampakkan seri dan keperempuanan pink tu lagi. Nampak lebih femini kan bila letak bunga kat keliling camni?

Yang design ketiga ni sama konsep dengan design yang first tu. Tapi ditukar warna background.Hehe.. terus client tak nak yang macam ni.. :-p


Dan... Ini lah design yang telah dipilih..!!!


Design yang kedua telah jadi plihan. cantik kan? warna pink dah ditambah dengan daun dan bunga memang cantik. Nampak ayu je sticker ni..sama ayu dengan pemakai scrub gebu mulus ni..hehehe..


Untuk client yang nak pasarkan produk kecantikan sendiri tapi belum ada design sticker lagi boleh lah pm Kiz di Stickiz(klik sini) sekarang ya. Kiz akan bagi idea design yang paling cool sekali mengikut kesesuaian produk anda. 

Terima kasih kerana mempercayai Kiz..