Showing posts with label design produk. Show all posts
Showing posts with label design produk. Show all posts

Tuesday, 12 April 2016

Contoh Design Sticker Untuk Madu Lebah Kelulut Asli

Jom Kiz tunjuk design sticker terbaru yang Kiz dapat kali ni untuk madu lebah kelulut asli pula. Tau kan kebaikan madu kelulut ni apa?Kalau tak tau meh Kiz btau sikit2 kelebihannya. nati boleh lah u all cuba amalkan.

Antara kebaikan madu kelulut asli :

1)kandungan anti oksidan dalam madu kelulutlebih tinggi berbanding madu biasa.
2)Sangat baik untuk diamalkan ketika bulan puasa terutamanya kepada penghidap sakit gastrik.
3)Membantu mengurangkan pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi dan asma.

Contoh Design Sticker Untuk Madu Lebah Kelulut Asli


Contoh Design Yang Digunakan Sebelum Ini.


Packaging yang digunakan untuk madu lebah kelulut ni menggunakan botol seperti gambar kat bawah ni tau. Tak silap Kiz ni botol plastik je tapi yang berualiti tinggi la. Jenis tak mudah kemek ni..

Ada beberapa details yang perlu Kiz tukar atas permintaan client.Antaranya nama brand produk madu kelulut ni dan tagline yang akan digunakan.

Contoh Design Yang Digunakan Sebelum Ini

Konsep Dan Design


Atas permintaan client, warna tema untuk konsep dan design kali ni perlu la menggunakan warna gold dan hitam. So Kiz akan mix kan warna ni tengok kepada kesesuaian kombinasi warna tu sendiri.
Manakal saiz sticker yang diminta pula adalah 5.1cm x 6.3 cm. Bentuk sticker yang akan digunakan pula adalah berbentuk petak.

Tagline


tagline yang digunakan sebelum ni adalah "Asli dari Ladang". Mungkin client rasakan tagline tu tak berapa umpphh dan nampak biasa biasa je, so tagline yang baru digunakan adalah "Rahsia Penawar Alami". Satu tagline yang sangat bagus sebab mengetengahkan fungsi dan kebaikan madu kelulut ni. Kiranya bila customer tengok kat tagline tu je dah tau madu kelulut ni boleh jadi penawar untuk penyakit.

Details Lain Yang Perlu Diletak


Selain daripada yang Kiz sebut kat atas, client Kiz juga minta untuk letak berat sebenar madu ni. Sebenarnya untuk madu ni ada 2 packaging ya. Satu packaging nya berat 1kg dan lagi satu packaging beratnya hanya 330 gram. So Kiz kena fikir idea macam mana nak label 2 berat yang berbeza dalam satu sticker.

Untuk nama Brand nya pula client Kiz minta tukar kepada nama Syafira. Tujuannya adalah membuat semula branding madu ni dari awal semula. Kiz tak pasti la untuk produk yang sama atau berlainan ya..

 Contoh Design Yang dah Siap


Nama brand "Syafira Madu Kelulut Asli" ni Kiz letak besar besar kat tengah sticker. haha baru lah nampak dan berkesan kan kalau nak branding jenama produk?

Manakala untuk tagline pula Kiz letak kat bawah nama brand. Masa ni Kiz perlu tukar warna font yang berbeza, buat secara kontra supaya dapat menonjolkan perkataan yang ditulis. Manakala untuk berat pula macam biasa diletak di sebelah bawah.

Jom Kiz tunjuk apa perbezaan antara setiap design yang dah siap.


Perbezaan untuk design 1 ni dengan design lain adalah kedudukan corak bentuk heksagon yang kat dalam kotak warna hitam tu. kalau u all perasan kedudukan lebah kat setiap design pun berbeza ya. Macam kat design 1 ni lebah kecik yang kat bawah tu Kiz letak kat tengah tengah sikit.

Design 1

Manakala untuk design 2 ni kedudukan lebah kecik tu diletak kat atas sikit. Warna gold yang digunakan juga dikurangkan sikit kecerahannya.

Design 2

Haaaa... Untuk design 3 ni lak, Kiz ambil dari design 1 tetapi.....
Untuk bahagian berat tu Kiz wat 2 kotak kecil, kira untuk asingkan berat yang akan digunakan. So senang la client just tick kat berat yang mana satu nanti..

Design 3

Beza design 4 ni lak, design yang diambil dari design 2 tapi ada juga label untuk tick berat macam design 3 kat atas.

U all boleh nampak kan perbezaannya?

Design 4

Dan Design Yang Jadi Pilihan... Adalah......

Design 3..!!!

Kelebihan kat design 3 ni kat warna gold yang digunakan. kalau u all tengok kecerahan kat warna gold tu memang cantik dan dapat memikat customer untuk beli ketika first time kali tengok madu kelulut ni..

Design Yang Dipilih
Kalau ada pengusaha dan penjual madu yang rasa design ni cantik dan nak order desgn sticker macam madu keluut asli ni jangan lah lambat lambat untuk contack Kiz ya. caranya dengan (klik kat sini) sahaja.. Thankz...



Friday, 8 April 2016

Contoh Design Sticker Penggemar Karipap Segera Frozen Food

Untuk petang ni Kiz nak tunjuk design sticker untuk penggemar karipap segera special dari Rohaya's pastry yang beroperasi di Muadzam Shah Pahang. Yang ni memang menggiurkan Kiz sebab Kiz memang suka sangat makan karipap. Lagi best kalau kat dalam inti tu ada letak daging sekali. sama ada daging lembu atau daging ayam dua dua pun sedap. Kadang kadang Kiz g beli kat pasar yang mana ada jual karipap besar harga singgit tu..wat makan sorang..hehe..

Contoh Design Sticker Penggemar Karipap Segera Frozen Food


 Lakaran Design


Unutk lakaran ni Puan Rohaya buat sendiri. Puan Rohaya tak walk in kat kedai tau. Just guna whatsapp je. pastu Puan Rohaya cakap yang penting detail dalam ni mesti ada kat konsep dan design yang Kiz akan buatkan.



Lakaran Design

Alamat Perniagaan


Alamat perniagaan pun kena letak juga kat sticker ni. Selain tu no telefon dan tarikh luput juga penting kena ada. Banyak detail yang nak kena letak ni. Tapi jangan risau. Untuk saiz sticker ni besar so tak de masalah tuk letak banyak detail macam ni.

Alamat, No Telefon Dan Tarikh Luput

Konsep Dan Design


Yang pertama nya bila jual karipap mesti lah nak kena ada gambar karipap kan?

Untuk design 1 ni penggunaan warna lebih jelas dan pekat jika nak dibandingkan dengan design 2. Warna background pula atas permintaan puan Rohaya. Disebabkan warna karipap tu dah warna kuning dan gold maka warna maroon ter sangat lah match dengan warna karipap.

Untuk susunan gambar dan details yang ingin diletak u all boleh lah tengok kat gambar design di bawah ya..

Design 1

Design 2
 Untuk design 3 ni Kiz sengaja buang gambar karipap tu buat perbandingan nak tengok design mana yang lebih cantik, sama ada yang ada karipap atau yang tak ada.. So design 1 dan 2 lagi menyerlah kan? Kalau u all tengok kat logo "halal" dan "Buatan Malaysia" Kiz letak kotak warna putih kat situ. Pun Kiz rasa tak ada kotak tu lagi kemas dan cantik..
Design 3

Dan Design Yang Dipilih Adalah...



Sudah tentu la design 1.. Puan Rohaya pun sangat berpuas hati dengan hasil kerja Kiz untuk design ni. Sebab Puan Rohaya ada bagi tau masa sticker ni dah sampai. Dia cakap kalau tak suh Kiz buat design ni, dia sendiri pun tak terpikir nak wat camni..

Jadi yang mana mana ada bisnes frozen food dan nak dapatkan design macma contoh design karipap segera ni boleh lah contact Kiz di facebook Kiz ya. Caranya mudah je...





Design Pilihan Sticker Kahwin Stickiz

Alkisah nya pagi pagi lagi hari Kiz sampai office bukak folder lama dan cuba wat analisis sikit nak tengok design yang macam mana jadi pilihan paling ramai untuk sticker kahwin. Banyak gak faktor yang Kiz dapat jumpa dan kesan masa tengah wat analysis tadi.. Ni Kiz kongsikan pada suma k faktor faktor nya..

Design Pilihan Sticker Kahwin Stickiz


Warna Pilihan


Kiz senaraikan 5 warna yang jadi pilihan. Sudah tentu warna yang dipilih lembut lembut suma.. ya lah nak wat majlis kahwin tak kan nak wat garang2 kan?

1)Pink lembut
2)Biru muda
3)Purple muda
4)Kuning lembut
5)Putih (warna backdround)

Kombinasi Warna


Warna yang Kiz list kan kat atas tu warna secara rawak je tau. Maksudnya ada yang guna warna pink sebagai warna font, ada gak yang guna warna pink sebagai background. So kombinasi warna lak yang mana selalu jadi pilihan?

1)Pink dan putih - yang ni memang ramai gila yang nak. kat sini dah nampak dah kuasa decison nak tentukan warna sticker ni kat atas pengantin perempuan. Betul ke?

2)Pink dan biru lembut. Warna pink lagi sekali jadi pilihan. Biasanya kalau kombinasi warna macam ni warna pink tu jadi background, warna biru muda tu jadi warna font.

3)Pink dan Purple - yang ni pun warna pink sebagai warna background, warna purple sebagai warna font.

Berapa banyak warna dalam satu sticker?


Paling banyak yang Kiz dapat tempahan hanya 3 warna sahaja dalam 1 sticker tu. Tamnahan warna yang biasanya adalah warna putih dan hitam. Tapi ramai jugak tau yang suka banyak2 warna dalam satu sticker tu. Yang banyak warna bergantung pada jenis design ya

Gambar Pilihan


Yang ni paling best. gambar paling banyak yang digunakan dah tentu bunga, cincin dan love.. Ada gak yang nak leta gambar kartun. Bukan gambar kartun kat tv macam ultraman sailormoon tu tau. Tapi gambar pengantin dalam illustrasi kartun. Kiz paling suka lau ada gambar kartun ni, memang comel comel jer suma.. ada gambar yang naik motor, ada gak gambar pengantin lelaki dkung pengantin perempuan.

Perkataan Yang Digunakan


Yang ni macam biasa la. macam kat depan kad kahwin gak. ramai yang guna "Raikan Cinta", "Walimatul Urus", "Majlis Perkahwinan" dan " Terima Kasih". kat tengah sticker ada tarikh majlis perkahwinan.

So, bakal pengantin dah ada idea nak pilih design pilihan tuk sticker kahwin? Jom tengok design yang dah siap kat facebook Stickiz (klik sini)



Thursday, 31 March 2016

Design Sticker Untuk Penggila Cookies Butter Dept

Cuba suma teka kenapa Kiz dapat tempahan sticker untuk cookies pada bulan 3 ni?Kalau dapat teka memang power r..Hehe..

Dah teka dapat jawapan lum?

Haaa...jawapannya adalah tuk hari raya aidilfitri nanti la.Hari raya tuk tahun ni kan bulan 7 nanti.So ada 4 bulan je lagi sebelum raya.jangan pelik lalk kenapa diorang ni buat kuih awal sangat.Biasanya kuih raya yang home made pun dah start dibuat beberapa bulan sebelum hari raya.Kalau lagi sebulan nak raya baru nak buat macam mana nak siap kan? :-)


Design Sticker Untuk Penggila Cookies Butter Dept

Process Sticker Design

1)Pemilihan design.


Setelah membuat beberapa pertimbangan, Butter dept telah pilih design skalep.Sebab bekas kuih raya ni besar gak kan.Kalau u all perasan kat sticker tu ada tambahan lagi kerawang luar tu.Mana kala kat sebelah dalam ada tambahan kerawang bungan kat sebelah tengah atas dan bawah.

2)Pemilihan Tag Line


"A Confectionary masterpiece"

Terbaik tak tag line Butter Dept.Kiz suka sangat.Bukan senang nak tangok ada orang sahut cabaran letak tag line yang superb macam ni.Memang tabik la, sangat smart dan professional!

3)Pemilihan warna background


Hehe kalau dah nama perempuan owner nya memang pink la pilihan yang dibuat sebagai warna background.Butter Dept ambil pendekatan yang macam biasa orang perempuan suka.tak lain dan tak bukan warna pink dan hitam. Kat luar sekali ada corak belang belang pink hitam untuk menampakkan kemeriahan sticker.



Kepada Pembuat kuih raya dan penggila cookies, kalau nak design sama macam Butter Dept meh contact Kiz kat fb Stickiz ya. Caranya klik kat sini je..(Klik Sini)