Thursday 5 May 2016

Contoh Design Sticker Untuk Makanan Dessert Engineer

Contoh Design Sticker Untuk Makanan Dessert Engineer

Siapa yang suka dessert ni boleh r usha facebook ngan instagram dessert engineer ni. Kiz usha nampak sedap gak. Decoration yang dia buat pun cantik.. Seriusly better u all usha page dia..

ok jom tengok design sticker ni lak.

KOmbinasi warna Kiz guna pink lembut dan biru laut je.. Kombuinasi yang sentiasa dapat pilihan awek2 muda mudi sekarang ni..hehe..

Tuk design sticker ni lak u all rasa camne? Ok dan match tak dengan kombinasi warna yang Kiz gunakan?

Polka dot tu putih tu lak menambahkan keceriaan pada sticker ni kan?


So lau nak  design sticker macam dessert engineer ni boleh la pm Kiz kat facebook stickiz ya!

Contoh Design sticker untuk Apam Balik Sabar Menanti

Contoh Design sticker untuk Apam Balik Sabar Menanti

Yang ni design sticker tuk apam balik sabar menanti..

Haha..sabar menanti ke u all masa tengah tunggu apam balik dimasak?

Mula mula mesti tak sabar tapi lepas nampak tagline pada sticker Stickiz ni mesti boleh sabar kan?

Dan jangan lupa untuk senyum sentiasa macam gambar yang kat sebelah atas sticker tu..❣❣


YAng best tagline sabar menanti ni memang rare.. So u all lau nak wat sticker pun kena la pikir tagline yang super duper meletoppp k..

Jangan wat biasa biasa customer borig. Wat ayat power sikit..yang extra ordinary..

Macam sticker ni gambar kartun kat atas tu pun leh cairkan hati pembeli..so lau lambat pun takde la diorang nak marah marah sangat.

 Lagi pun standard la kan beli apam balik lambat sikit? kalau beli yang dah siap tak sedap la pulak..


Nak stikcer macam ni jugak? Pm Kiz sekarang..( Klik Sini )

LUBUK LUBUK RAHSIA kat mana anda boleh dapatkan packaging produk anda dengan harga MURAH KAW KAW


Ok hari ni Kiz nak kongsi sikit LUBUK LUBUK RAHSIA kat mana anda boleh dapatkan packaging produk anda dengan harga MURAH KAW KAW...
.
Semoga share kali ni dapat membantu u all memajukan lagi bisnes u all k..
.
1. Yahya & Afrida Trading
No. 8, Jalan PJS 2D/1, Taman Medan, Batu 8 Jalan Kelang Lama, Petaling Jaya, 46000, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel 03-7783 8020
.
2. 2ply Klang
Jalan Pasar Baru 3, Kawasan 17, 41050 Klang, Selangor, Malaysia
Phone:+60 3-3344 4222
.
3. Bumi Alive MArketing Sdn Bhd
014-6861223
.
4. Pdose Enterprise
0125994448
.
5. kenshin27@tanchinhardware.com 
016-4777088
Penang
.
6. HF Ecolive Entreprise
0176360596 
Klang
.
7. SYARIKAT PERNIAGAAN WAKIM SDN.BHD 
NO.148, JALAN ABDUL RAHMAN IDRIS,
OFF JALAN RAJA MUDA ABDUL AZIZ.
KAMPUNG BARU, 50300 KL.
TEL: 03-2692 1721 / 03-2691 4297/ 03-2602 1174 
.
8. Fu Fong Plastic Industries Sdn Bhd
No. 12 & 14, Jalan Sg.Batu 8/KU6, 
Off Jalan Sungai Puloh,
Kaw Perindustrian Klang Utama, 
42100 Klang, Selangor.
.
9. Upackaging
11-G, Jalan Equine 9e, Equine Park
43300 Seri Kembangan, Selangor
012-7672833
.
P/s : Senarai ni Kiz ambil secara random jer tau. Maaf tak dapat sort ikut tempat dan negeri masing2. Insya Allah pasni Kiz list ikut negeri..ok??? cer komen "yeay" nak tengok boleh?

Monday 2 May 2016

Contoh Design Sticker Untuk Luve Chocolat Homemade Cakes, Cookies & Choc

Hi semua macam biasa kerja Kiz hari hari mesti la nak kena update contoh design sticker dari Stickiz. Lepas tu petang ni nak hujan lak so Kiz pilih design sticker yang paling feel sekali tuk layan hujan yang turun ni. Contoh design sticker yang Kiz pilih adalah design sticker untuk produk Luve Chocolat Homemade cakes, cookies dan choc.

Sesuai kan kalau kita layan feel chocolate bila hari tengah hujan ni... :-)

Contoh Design Sticker Untuk Luve Chocolat Homemade Cakes, Cookies & Choc


Konsep Dan Design


Macam biasalah kalau nak buat sticker untuk produk chocolate, penggunaan warna yang tepat mestilah jadi keutamaan Kiz. Agak agak u all warna apa yang bersesuaian dengan produk chocolate ni?

Mesti lah warna coklat kan? Tapi warna coklat tu kena lah warna coklat yang betul ya. Tak boleh warna coklat yang sembarang tau. Kiz taknak citer banyak jom kita terus tengok design yang dah buat..

Design Yang Kiz Dah Sediakan


Olrite semua.. ni design awal yang Kiz buat ya. U all boleh tengok pada atas sticker Kiz buat corak coklat yang meleleh.. Kenapa Kiz pilih corak macam ni? Dalam presentation kat sticker ni u all kena fokuskan kepada imaginasi dan feeling yang customer akan rasa bile makan makanan u all. So sama la macam makanan coklat ni, kepuasan customer selepas makan mestilah rasa coklat yang sedap dan meleleh dalam mulut diorang..

Boleh faham kan explanation yang Kiz buat???

Design 1


Untuk design ke 2 di bawah ni Kiz dah mula mainkan peranan kombinasi warna yang penting untuk sticker. Warna yang Kiz pilih adalah warna coklat dan warna kuning keemasan. Di sebelah kiri nama brand pula Kiz letak logo facebook untuk menunjukkan pada customer yang produk ni boleh didapati di page facebook mereka.

Manakala di sebelah bawah sticker pula Kiz letakkan juga no telefon dan logo whatsapp untuk dihubungi jika customer ingin membuat tempahan.


Design 2

Taraaa.. Ini lah Dia Design Yang Kiz Dah Siapkan..!!!


Ok tak design kali ni? cun je kan? Rasanya lepas tengok design sticker ni memang terliur je nak makan coklat.. Betul tak?


Design Yang Dah Disiapkan

Ada lagi bisnes owner yang niaga cake, cookies dan chocolate macam Luve Chocolat ni? Meh tempah dengan Stickiz ya. Kiz akan buat design sticker yang terbaik tuk u all. Lepas tu hari hari mesti u all akan dapat tempahan yang banyak selepas gunakan design dari Stickiz.

Pm Kiz sekarang tau... !!!! ( Klik Sini )

Sunday 1 May 2016

Contoh Design Sticker Untuk Mizz World Sambal Hitam

Selamat malam kepada semua pembaca Stickiz malam ni tiba turn untuk Kiz update contoh design sticker terbaru untuk produk Mizz World Sambal Hitam. Gorgeous sangat kan nama brand sambal hitam ni... Mizz World gitu.. Mesti bisnes owner sambal hitam ni pun rupanya seiras ala ala miss world gitu..

So apa lagi jom kita tengok pula design Sambal Hitam Mizz World yang galmour ni.. :-)

Contoh Design Sticker Untuk Mizz World Sambal Hitam


Konsep Dan Design


Untuk konsep dan design sticker sambal hitam ni, Kiz perlu buat mengikut details yang diberikan oleh client. Tak susah arahan yang diberikan sebab Kiz hanya perlu buat design yang simple tapi menarik. hanya itu sahaja request yang dibuat oleh client untuk onspe dan design sticker.

Manakala untuk size sticker pula Kiz perlu buat mengikut saiz yang diminta iaitu berbentuk bulat dan berdiameter 5 cm.

Warna Dan Tema Background


Untuk warna dan tema background sticker client request untuk menggunakan warna gold dan hitam sebagai warna utama. Selain tu gambar yang perlu diletak di dalam sticker adalah gambar sambal hitam. Untuk gambar sambal hitam ni client tak dapat bagi gambar asal yang dibuat sendiri dan Kiz mengambil jalan alternatif menggunakan gambar di google sebagai rujukan.

Details Lain Yang Perlu Diletak


Untuk details lain yang perlu diletak pula adalah teks utama iaitu " Mizz World Sambal Hitam " sebagai nama brand produk dan teks tambahan lain pula adalah " Pedas Memikat Terangkat " sebagai tagline produk.

Contoh Design Yang Disediakan 


Ada 2 contoh design yang telah disiapkan oleh Kiz kepada client untuk dipilih. Untuk pembaca pembaca Stickiz yang baru kebiasaannya Kiz memang akan menyediakan at least 2 design kepada client untuk dipilih sebelum team Stickiz buat proses yang seterusnya iaitu print sticker.

Jom kita lihat design 1 dulu ya. Untuk design 1 ni Kiz menggunakan warna gold sebagai wana font brand produk dan warna hitam sebagai warna background sticker. Di sebelah atas sticker Kiz letak gambar sambal hitam yang diminta oleh client. manakala untuk tagline Kiz letak di sebelah bawah nama brand produk.

Untuk memberikan highlight yang sempurna pada tagline Kiz decide untuk tambah gambar cili di sebelah kiri tagline. Baru la sekali tengok je dah tau sambal hitam ni memang pedas kan?

Dan di bawah sekali pada sticker Kiz letak no telefon yang boleh dihubungi untuk memudahkan customer buat tempahan. 

Ok tak pada pendapat u all design yang Kiz buat kali ni?


Design 1

Yang ni pula dalah desing yang ke 2. Jom kita tengok perbezaannya pula jika nak dibandingkan dengan design 1. Yang ni Kiz buat dengan tujuan unutk simplekan lagi design nya. Kalau u all perasan pada gambar sambal hitam kat design 1 ada gambar belimbing buluh kan?

Kat design 2 ni Kiz buang gambar tu. pada masa sama gambar cili pada tagline juga Kiz buang. Kiz bukan sengaja buang ya gambar gambar ni. Tujuan Kiz buang hanya nak tunjuk pada client apa beza design sticker yang betul betul simple tetapi sempurna.

So mestilah design 1 yang simple dan tetapi pada masa sama sempurna kan?

Design 2

 Dan design yang Dipilih Oleh Client Adalah....


Design 1....!!! :-)


Yup sudah tentu design 1 yang akan jadi pilihan oleh mana mana client. Sebab design 1 lagi sempurna dan lengkap kan? Walaubagaimanapun Kiz masih mengekalkan idea yang diminta oleh client iaitu design sticker hanya perlu simple dan kemas


Ada lagi ke peminat sambal hitam ataupun bisnes owner sambal hitam yang nak buat sticker macam contoh design sticker Mizz World sambal Hitam ni?

Mesti ada kan sebab Kiz tau ramai orang dari Pahang terutamanya yang buat bisnesi sambal hitam ni. Jadi kalau nak buat desing sticker macam kat atas ni meh contact Kiz dan kita borak2 kat dalam facebook Stickiz untuk Kiz wat kan design baru yang lebih cantik untuk u all..

( Klik sini ) untuk pm Kiz di facebook Stickiz ya.. Bye.. Esok Kiz update lagi design sticker yang lain ya :-)