Sunday 17 April 2016

Jenis Jenis Design Sticker Yang Selalu Mendapat Tempahan Di Stickiz

Nak tau jenis design sticker yang cmne yang selalu dapat tempahan di Stickiz?Mesti u all nak tau kan sticker ni boleh guna untuk apa je.. Sebenarnya sticker ni banyak je kegunaannya. Yang penting masa u all guna sticker ni u all tau nak tampal kat mana dan nak guna kat mana..

Jenis Jenis Design Sticker Yang Selalu Mendapat Tempahan Di Stickiz


Sticker Bisnes/Perniagaan


Sticker yang ni memang ramai yang suh Kiz design. Alhamdulillah situasi ni menunjukkan dah semakin ramai orang yang ingin berniaga secara serius. Kalau dulu mungkin ada orang yang wat bisnes tak nak buat sticker tapi sekarang ni orang jual nasi lemak pun dah tampal sticker kat bungkusan masi lemak diorang. 

Penting tau sticker ni tuk letak kat produk u all. Jangan packaging je yang cantik guna botol dan bekas mahal mahal tapi kat bahagian labelling sticker u all tak nak buat pun. Rugi la camtu..

Kalau ada sticker kat labelling produk u all ni bukan saja dapat menarik perhatian customer yang nak beli produk u all, tapi pada masa dapat menjimatkan kos pembuatan jugak. Untuk memulakan perniagaan secara kecil kecilan ni elok just tampal sticker je dulu. 

Nanti bila bisnes dah besar bolehlah wat packaging sendiri siap dah ada labelling suma. Cuma wat sama sekarang ni just fokus pada packaging biasa dan pada masa sama guna sticker untuk labelling.

Antara sticker yang paling banyak Kiz dapat tempahan tuk bulan March dan April ni adalah sticker untuk kopi cawan besar, ice blended dan juga produk makanan sempena hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang pada bulan Julai nanti.

Produk makanan hari raya ni termasuklah kuih raya, makanan sunnah dan penambah tenaga seperti madu dan kurma, dan tempahan kek untuk rumah terbuka.

Sticker Perkahwinan


Untuk sticker perkahwinan lak Kiz memang dapat tempahan setiap hari. Senang kata orang sekarang ni berkahwin dah tak ikut musim dah. kalau dulu mungkin ramai yang kahwin pada cuti sekolah je. Tapi sekarang ni hari minggu biasa pun dah ramai gak yang kahwin. 

Sebab utamanya adalah kerana tak dapat booking dewan dan juga katering. Kalau nak tarikh cuti sekolah juga terpaksa lah wat booking awal awal. Kalau kat selangor ni kalau tak silap Kiz setahun sebelum majlis kahwin dah kena boook dah. Kalau tak memang sudah lah nak cari dewan dan katering tuk kahwin nanti.

Ok yang sticker tuk kahwin ni biasanya pengantin akan beli untuk ditampal pada doorgift. Tujuannya adalah untuk tambah lagi hiasan pada doorgift tu.Boleh je kalau nak bagi doorgift kat tetamu tanpa ada sticker, tapi tak manis lah pulak kan orang kata... lagi lagi kalau untuk kawan kawan kita yang penat penat datang dari jauh. Mesti lah diorang expect dapat doorgift yang cantik dari pengantin.

Haaaaa.. kalau design tuk kahwin ni memang unik unik la sumanya.. Macam macam design yang Kiz dah buat kan. Dan kebanyakkannya akan gunakan warna pink sebagai warna pilihan pengantin. Normal la tu kan? 

Hari perkahwinan kan hari yang paling istimewa untuk pengantin wanita terutamanya. So dah tentu warna pink juga la yang dipilih tuk sticker doorgift kahwin. Yang pengantin lelaki redha je la yer kalau isteri u all nak warna pink ;-)

Sticker Kereta Dan Motosikal


Lau cakap sticker kereta ni lak dah tentu lah dimonopoli orang lelaki.. Ya la dah tentu orang lelaki yang lagi suka hias kereta diorang jika nak dibandingkan dengan orang perempuan. 

Kalau Kiz g stadium tu boleh dikatakan setiap kereta ada sticker pasukan bolasepak kegemaran masing masing. yang orang Selangor tu dengan sticker Selangor la, orang kelantan lak ngan sticker Kelantan. tu belum lagi sticker pasukan bola dari epl. penuh kereta diorang dengan sticker manchester united barcelona ngan liverpool.

So itu lah antara design sticker yang selaku Kiz dapat tempahan kat Stickiz. lau ada yang berminat untuk berurusan dengan Kiz jangan malu malu ya untuk pm Kiz kat Stickiz. Klik je ( kat sini ) utnuk pm Kiz.. Thankz u all..... :-)

No comments:

Post a Comment