Saturday 9 April 2016

Contoh Design Sticker Untuk Restoran Coffee & Grill Renz Hazel

Wargh kali ni Kiz dapat client dari Tawau tau untuk wat design sticker Restoran Coffee & Grill Renz Hazel. Alang alang tu kiz promote dulu la Renz Hazel ni macam best jer.. Restoran ni terletak kat Tawau Sabah..  Mula mula masa dapat temahan ni Kiz dah pasang niat dah nak try g makan, sekali dapat tau kat Tawau punah harapan Kiz.. 

Konsep restoran ni macam restoran hipster gak kot. Hidangan yang disediakan lak adalah western food seperti spaghetti dan lasagna. Eh masakangoreng goreng pun ada.So kalau ada pembaca dari Tawau sabah boleh lah singgah ke Renz Hazel tuk cuba kesedapan makanan diorang.. Ni kiz bagi 1 gambar restoran nya.

Restoran Renz Hazel
Restoran Renz Hazel

Contoh Design Sticker Untuk Restoran Coffee & Grill Renz Hazel


Ok berbalik pada design yang diminta, Puan Natasya dah sediakan Kiz siap contoh idea design yang perlu Kiz buat. Ada 4 contoh semuanya yang diberi pada Kiz. Tapi Kiz tak de la tiru bulat bulat ya design ni cuma untuk seluarkan idea konsep yang macam mana perlu dibuat.

 Gambar kat bawah ni idea contoh design yang diberi Puan Natasya :

Contoh Idea Design Yang Diberi

Konsep Dan Design


Puan Natasya telah meninta untuk menggunakan warna hitam sebagai warna background, manakala unutk gambar gan tulisan pula warna putih. Boleh gak guna warna hitam untuk tulisan bergantung pada keadaan design yang dibuat.

Design Yang Siap Untuk Dipilih


Macam biasa lah Kiz buat at least 2 design baru untuk dipilih puan Natasya. Untuk design 1 tu ada Kiz wat ala ala  Fred Perry sikit. manakala kat sebelah dalam bulatan tu ada cawan kopi, dan nama kedai Renz Hazel diketak si sebelah tengah. Manakala tagline restoran Coffe & Grill diletak di atas gambar riben di sebelah bawah. Design 1 yang kat gambar bawah ni :

Design 1

Manakala untuk design 2 lak Kiz buang gambar yang kat keliling tu dan gambar cawan kopi pun diukar dengan design lain lak. yang lain masih dikekalkan.


Design 2

Design Yang Dipilih


So design 1 ke 2 yang dipilih puan Natasya? Pemenang nya adalah...

Design 2..!!!

Design 1 pun puan natasya kata cantik gak. Disebabkan dia kata tak tau nak pilih mana satu design nya, puan Natasya wat undian dari kalangan staff Renz Hazel tuk pilih antara design 1 dan 2. Dan selepas undian design 2 menang dengan lebihan 2 undian..


Untuk pemilik restoran coffee & grill macam Renz Hazel ni terutamanya dari kawasan Selangor dan Kl boleh la serahkan kat Kiz gak kalau nak wat design sticker macam ni.(klik untuk contact Kiz)

Untuk bisnes restoran dari negeri lain pun boleh juga contact Kiz ya.

Bukan apa kalau dari Selangor dan Kl boleh lah Kiz singgah nanti bila berkesempatan. dah wat design sticker kat Stickiz, then Kiz lak pergi kedai u all.. ;-)




No comments:

Post a Comment