Tuesday 19 April 2016

Contoh Design Sticker Untuk Fettynor Bake House

Hi suma petang ni kiz nak tunjuk contoh design sticker yang paling special Stickiz dapat setakat ni..
Nak tau tak design ni special sangat sebab apa? kalau nak tau teruskan membaca ya. 

Bagi dulu Kiz introduce design sticker ni. Desing ni dibuat khas untuk Fettynor Bake House yang beroperasi di Kuantan Pahang. Nama owner kepada bisnes ni adalah Puan Fatimah Nor. Orangnya sangat peramah dan sepanjang Kiz berurusan dengan dia memang Kiz rasa senang hati sangat... 

sebab puan Fatimah ni adalah seorang yang bertolak ansur dan faham dengan kerja Kiz yang kadang2 perlu ambil masa jika client request untuk wat contoh design banyak2.

So yang ni lah Kiz nak citer sebab apa design ni sangat special... Sebab Kiz sediakan banyak contoh design yang dah siap untuk dipilih oleh puan Fatimah. Jom kita tengok konsep dan design yang telah diminta dan disiapkan oleh Kiz..

Contoh Design Sticker Untuk Fettynor Bake House


Konsep Dan Design


Since bisnes ni nature nya adalah bakery dah tentu lah perlu letak gambar seperti kek dan pastry kat dalam sticker tu kan? Tapi gmabar kek dan pastry macam mana yang cantik dan sesuai? Mengikut puan fatimah gambar kek dan pastry tu nak letak pada sebelah atas sticker. Owh ya bentuk sticker ni puan Fatimah nak yang bulat berdiameter 4cm ya.

Manakala untuk nama brand "Fettynor bake House" pula diletak di sebelah tengah sticker. Untuk menampakkan lagi nature bisnes ni yang sudah pasti nya home made Kiz letak penggelek kayu tu kat bawah nama brand sebagai hiasan tambahan.

Manakala di sebelah bawah sticker Kiz letak details yang diperlukan untuk buat tempahan seperti akaun facebook personal puan fatimah, akaun instagram bisnes ni dan juga nombor telefon yang digunakan untuk whatsapp. Bukan logo whatsapp saja ya yang digunakan tapi logo call juga Kiz letak since puan Fatimah juga menerima order melalui panggilan telefon.

Contoh Design Yang Dah Siap


Untuk design 1 ni ada 3 gambar yang Kiz guna untuk menampakkan variety produk yang ada kat bisnes ni. gambarnya adalah kek, muffin dan biskut. Untuk warna background pula Kiz guna warna kelabu di belah dalam dan Kiz hightlightkan dengan warna hitam sepanjang line kelilinig bulatan sticker.

Dan yang terakhir sekali Kiz tambah kerawang warna pink di sekeliling bulatan untuk menampakkan keceriaan pada sticker.

Design 1

Yang kat gambar ni desgn 2 tau. Kiz masih mengekalkan design yang sama seperti design 1 cuma Kiz tukar siit warna kerawang tu. Kiz nak tengok kalau guna warna pink soft nampak makin cantik atau tak..

Design 2

Manakala design ke 3 ni Kiz buang gambar kek dan biskut tapi Kiz kekalkan gambar muffin kat tengah sticker. Apa yang Kiz nampak pada design ni sticker nampak lebih kemas kurang sikit crowded macam design 1. Konsep dan warna design Kiz ikut design yang ke 2.

Design 3

Ini lak design yang ke 4. yang ni Kiz ambil design yang ke 3 tadi tapi Kiz buang kerawang kat luar warna pink tu. Still nampak kemas dan simple. Pada masa sama boleh juga dipertimbangkan sebagai design yang elite tak kebudak budakan :-)

Design 4

Yang ni design ke 5. Bezanya kat gambar kek muffin dan biskut tu Kiz besarkan sikit gambarnya. Untuk line keliling bulatan pun Kiz tukar kepada warna pink lak. Pun masih cantik lagi kan? habislah puan fatimah mesti pening dan rambang mata bila nak wat keputusan nak pilih mana satu sticker uang nak diprint nanti :-p
Design 5

So 5 design yang berbeza Kiz sediakan kepada puan fatimah untuk design sticker bisnes dia ni. Agak agak nya yang mana satu design yang jadi pilihan? Banyak ni ada 5 contoh design yang nak kena pilih. Kalau u all lak pilih yang mana satu ya???

Dan Ini lah Design Yang telah Dipilih


Cer teka...design mana? Design 3 la.. masa wat ni ada kawan Kiz ada datang kat kedai dia kata dia lagi suka design 1 sebab warna ink yang digunakan lebih nampak menonjol. tapi bila kita cakap pasal design ni memang la pandangan setiap orang berbeza kan? yang penting client Kiz suka dan berpuas hati dengan design yang Kiz dah sediakan tuk diorang.. Betul tak?

Design 3 Jadi Pilihan
So kalau ada lagi bisnes owner yang nak Kiz designkan sticker u all macam design sticker untuk Fettynor bake house ni boleh lah pm Kiz di facebook Stickiz ya (klik sini)

Terima kasih juga Kiz ucapkan pada pembaca setia blog stickiz ni yang sentiasa support Kiz. makinlama makin ramai yang view blog stickiz ni. Thanksssss U allll....!!!! :-)

No comments:

Post a Comment