Showing posts with label Tips Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Tips Bisnes. Show all posts

Thursday, 21 April 2016

Kepentingan Design Sticker Packaging Untuk Bisnes Kecil

Hi semua pembaca stickiz malam mni sudah smapai masanya untuk Kiz zerita kat u all betapa pentingnya design sticker untuk peniaga yang menjalankan bisnes even bisnes tu hanya lah kecil kecilan. Bisnes kecil kecilan yang dimaksudkan oleh Kiz adalah bisnes yang selalunya kita nampak ada kat tepi jalan. Contohnya adalah jual nasi lemak, apam balik,nasi kukus ayam berempah dan pisang goreng.

Kepentingan Design Sticker Packaging Even Untuk Bisnes Kecil


Kenapa Kiz nak cakap bisnes yang kecil kecilan macam ni pun nak kena letak sticker bagai? Mesti u all terfikir dan tertanya tanya"bukan ke bisnes macam ni hanya lah bisnes cap ayam je"? "Untung pun tak banyak, tak payah lah nak beriya sangat nak letak sticker suma... kos kena kurangkan". Betul tak?

Sebenarnya bisnes yang kecil kecilan ni la yang akan jadi cabaran kepada semua peniaga kat luar sana. Pernah nampak tak ramai orang buat bisnes tepi jalan ni tidak berkembang menjadi besar? Maksud Kiz ada peniaga nasi lemak yang hasil jualan nya mencecah hingga 500 bungkus pada setiap pagi.

Cuba kita try kira sama sama untung kasar yang dia dapat. Katakanlah untuk setiap nasi lemak yang berharga Rm1 ni dia untung 30 sen. Total untung kasar dia untuk setiap hari adalah rm150. Ni untung dah tolak modal beli bahan tau. So sebulan untung kasar dia boleh mencecah sehingga rm4500 jika kita kira bulan tu dia berniaga selama 30 hari.

Tetapi kenapa selepas bertahun tahun bisnes dia masih di tepi jalan sahaja? Kalau dah bertahun tahun berniaga maksudnya dia dah ada pelanggan tetap kan?

Salah satu kesilapan yang Kiz nampak kat sini adalah bisnes seperti ini selalunya tak mengambil tempahan dari customer dalam jumlah yang banyak. Sayang sekali bisnes macam ni tak dikembangkan lagi.

Ok. So dari apa yang Kiz ceritakan tadi, sebenarnya sticker main peranan yang penting untuk u all kembangkan lagi bisnes u all. Ni Kiz berani cakap sebab client Kiz sendiri yang bagi tau kat Kiz. Dia pun jual nasi lemak juga. dan dia buat sticker tampal kat bungkusan nasi lemak tu. Kat situ dia tulis boleh order untuk tempahan dan dinyatakan sekali no telefon.

Apa yang bestnya bila dia buat macam tu, dia dapat order sekali banyak tau. Kadang2 satu hari tu boleh mencecah 600 bungkus. Dari 600 bungkus tu hanya untuk 6 orang customer sahaja. Semuanya order sebab untuk sarapan peserta kursus yang diorang buat. Dan yang paling best dia cakap dia tak perlu keluarkan modal sendiri untuk beli bahan sebelum memasak. Sebabnya customer dia yang order tu dah bayar deposit dulu semasa buat tempahan.

Contoh Design Sticker Yang Dimaksudkan


Design Sticker Nasi Lemak
Design Sticker Apam Balik


So dari apa yang Kiz cerita ni u all boleh nampak tak potensi perniagaan kecil kecilan ni untuk jadi lebih besar dengan ada nya sticker pada packaging makanan u all? Formula yang senang untuk kita hadam dalam bisnes adalah bila kita dapat untung banyak maka boleh lah kita besarkan peniagaan kita kan?

Akhir sekali untuk entry Kiz malam ni dan kesimpulannya u all mesti buat juga at least sticker sebagai salah satu cara marketing u all even u all jual nasi lemak, pisang goreng atau pun bisnes yang ada tepi jalan. Jangan ragu ragu pada potensi bisnes u all ok? Mana tau lepas letak sticker terus je u all dapat order sekali banyak banyak.. Tersengih sengih la u all tengok keuntungannya nanti. :-)

Jadi jangan lah lambat lambat lagi fikir nak wat keputusan. Jom ramai ramai buat sticker dengan Stickiz Ya. Nak order dah? Klik Sini


Tuesday, 29 March 2016

Tips Nak Mulakan Business!!! Berapa Modal Permulaan?

Tips yang ke 2 akan dikongsikan pada suma adalah mengenai tips nak mulakan business. Pagi tadi Kiz ada share tips lain gak. Boleh baca kat sini(klik sini).Yang ni topik nya berlainan sikit.Kiz cuba btau ikut urutan dari permulaan ya..


Tips Nak Mulakan Business!!! Berapa Modal Permulaan?


Buat je dulu!


Buat je dulu, jangan lama sangat nak prepare macam-macam, jangan banyak sangat fikir kebarangkalian-kebarangkalian tu. Kalau fikir banyak sangat takut takut mind set kita dah terfikir kebarangkalian yang negatif pulak. 

Last last tak jadi nak buat sebab fikir banyak sangat.Ingat!!! Masa tu sangat penting dalam perniagaan.

Modal Permulaan Yang Minimum.


Ramai yang tersilap langkah dalam membuat perancangan untuk setup business.Terutamanya dari segi decision untuk memutuskan berapa kah jumlah modal yang perlu dibelanjakan?

Pernah nampak tak kebiasaannya kedai kedai yang memulakan perniagaan dari kecil berkembang dengan jaya nya?Huh skema betul ayat Kiz.dah macam Puan Ainon lak.hehe..

Ok sebenarnya macam ni.Kenapa u all meminimumkan jumlah modal?Yang paling penting sebenarnya adalah kita kena validate dulu adakah produk/services yang kita jual tu ada permintaan.Dan adakah sales yang kita dapat dapat cover perbelanjaan operasi kita?

Jangan pulak ada yang cakap buat dulu terus nak mintak loan sampai RM200,000, BAHAYA. Modal mula-mula jangan lebih RM2000.Kadang kadang takut kita tersalah research,kita ingat boleh berjaya. yela, bukak kedai besar besar da renovate cantik cantik, ta kan tak ada orang nak datang kan?

Tapi biasa je nampak kedai mewah  mewah gulung tikar kan???

Okay Next Step
.
Lepas tu, dari jumlah modal, asingkan maybe dalam RM500 untuk marketing.Marketing yang direct tuk dapatkan more sales ok. Bukan packaging, packaging tak payah gempak-gempak dulu, letak sticker dah cukup. Sebab kita belum tau produk kita ni ada ke orang nak..
.

Pastu lau dah ada permintaan dari segi repeat order dah boleh la fikir fikir lau nak tukar design sticker.Company yang besar akan tukar packaging diorang dalam masa setahun atau 2 tahun sekali.

Eh Jap!

Kenapa nak kena fikir kalau nak tukar design sticker?Stickiz (klik sini) kan ada..biar Kiz yang fikir, then u all jual jer..hehe.

Olrite..Tips nak mulakan business untuk modal permulaan, Kiz dah share kan..Untuk pengetahuan u all Kiz pun mulakan business Stickiz ni dengan modal permulaan Rm1500 je..Percaya tak? yang penting berkat doa dan usaha tu yang penting..

Nak tau rahsia macam mana Stickiz boleh maju boleh la order sticker dengan stickiz ya?Click sini untuk order..
(belajar macam mana Kiz handle customer-whatsapp,pm fb dll)

Monday, 28 March 2016

Tips Business Yang Sangat Penting! Warm Welcome

Hi suma..Selain dari post mengenai design sticker Kiz nak share juga tips business yang sangat penting untuk u all jalankan sesuatu perniagaan.Insya Allah kiz akan share suma pengalaman dan juga ilmu yang Kiz practice sepanjang Kiz buka kedai Stickiz ni.

Semoga apa yang Kiz kongsikan ni bermanfaat untuk u all dan seterusnya u all dapat gak buka kedai macam Kiz dan lebih berjaya dari kiz 1 hari nanti..Amin....



Tips Business Yang Sangat Penting! Warm Welcome


Warm Welcome - kebanyakkan dari kedai-kedai mahupun butik ternama di Malaysia tak amalkan warm welcome.


"Selamat Datang!!" (dengan penuh ikhlas dan jelas)


Benda ni nampak kecil tapi impaknya besar. Orang yang disapa dengan Warm Welcome akan rasa sangat dihargai dan dialu-alukan.Yang paling penting pelanggan akan rasa sangat dihormati dan secara tak langsung proses perbualan di antara pelangan dan pembantu jualan pun akakn berjalan lancar.

Cuba bayangkan apa yang terjadi kalau pelanggan masuk masuk je kedai tapi tak disambut dengan baik?silap silap dari awal masuk sampai keluar kedai muka ketat je dengan sales assistant.


Tapi kalau jadi macam tu jangan salahkan pelanggan pula.kita yang salah.dan ubah lah pendekatan kta dengan pelanggan ya!

Pelanggan akan rasa selesa nak tengok-tengok


Selepas beri warm welcome, Sudah tentu kena kita kena tanya pelanggan apa bantuan yang perlu kita berikan? Tapi kena tengok keadaan juga ya.Ada juga pelanggan yang perlukan privacy semasa memilih barang.

Yang penting kita atau sales assistant kena sentiasa ada juga berdekatan dengan pelangggan. Karang kalau dia panggil nak minta bantuan tapi kita xde, dah jadi sia sia lak warm welcome kita tadi.

Peratusan nak membeli pun boleh meningkat.


Lagi awal lagi bagus. Pelanggan baru langkah kaki nak masuk terus sapa Selamat Datang.
Setakat Kiz buat sruvey sambil jalan-jalan dalam mall, ada 3-4 butik sahaja yang buat ni..

Cuba try masuk butik Uniqlo, Zawara Coffee ataupun Calaqisya.. Dan rasa apa perasaannya sebagai customer.Mesti seronok kan???

P/S : Semua jenis perniagaan boleh warm welcome ni, tak semestinya butik, even jual goreng pisang pun lebih patut buat.



Friday, 26 February 2016

Ini salah satu rahsia bisnes yang ramai tak perasan

Ok disebabkan ramai yang setuju en Kiz share tips berkenaan bisnes untuk usahawan baru, hari ni jugak en Kiz nak share satu rahsia bisnes yang ramai tak perasan ye.. Boleh ke tidak ni? hihi
.
Servis adalah salah satu benda paling penting yang akan membuatkan pelanggan anda berminat nak beli lagi dengan anda, ataupun orang kata free marketing. Word Of Mouth. Free-free je orang promote dekat kita.
.
Hari ni en Kiz nak kongsikan tentang SENYUM.
.
Senyum ni salah satu benda paling penting dalam bisnes. Cuba bayangkan, anda sedang deliver COD kek coklat moist kepada customer, masa bagi tu anda senyum seikhlas hati. Apa perasaan pelanggan anda. Mesti happy kan? Dah la coklat tu memang sedap, penjual dia pulak mesra je kan..
.

Nampak simple kan?
.
Ok meh en Kiz cerita sikit pengalaman en Kiz sendiri masa beli barang ya.
.

Ada suatu hari tu en Kiz adala beli creampuff ni, tapi melalui cod lah. Masa tu memang tengah lapar la kan. Ding-dong, penjual creampuff pun dah sampai. Masa nak bagi tu dia senyum je (memang nampak senyuman yang seikhlas hati). Sampai sekarang en Kiz masih ingat lagi walaupun benda ni dah 2 tahun lepas. Agak-agak anda kenapa?

Senyum... senyum dan senyum ok,,
Yup! Mesti lah sebab penjual tu senyum. Bila orang senyum, benda tu akan masuk kedalam memori kita. Dan of course lah kita pun senyum skali. Contohlah penjual tadi tu terlambat sampai, tapi bila sampai tu dia senyum. Anda rasa nak marah atau tak?

Pernah tak anda masuk ke kedai runcit contohnya, pastu cashier tu masam je, macam layan nak tak nak je, agak-agak next time nak datang lagi tak kedai tu? Inilah dia rahsia bisnes meletop, hihi
.
Cuba praktikkan hari ni dan lihat hasilnya, memang owesome ok.. Ingat tau, senyuman super ikhlas.. bukan senyuman plastik 

.
LIKE DAN FOLLOW STICKIZ
FB : www.facebook.com/stickiz165
IG :  www.instagram.com/stickiz165
smile emoticp/s : Jom share kat bahagian komen dibawah, apa-apa saja pengalaman anda tentang senyum smile emoticon smile emoticon smile emoticon

Thursday, 25 February 2016

Tips bisnes untuk usahawan baru

Dengan niat ingin membantu para usahawan baru diluar sana, akhirnya team Stickiz bersetuju untuk berkongsi dengan anda, usahawan baru diluar sana dalam memajukan bisnes. Secara Percuma je, tak perlu bayar apa-apa pun.

En Kiz ingat untuk permulaan ni en Kiz nak kongsikan berkenaan dengan the power of services. Bagaimana servis yang bagus boleh membantu kita usahawan baru melonjakkan bisnes.

Tiba-tiba je share artwork, hihi


Oh lupa En Kiz nak beritahu, kami ada buat survey tanya berapa ramai yang berminat kalau en Kiz nak bagi tips bisnes ni. Yelah, manatau takde orang minat malulah en Kiz. Hihi.

Ok lah, untuk yang berminat mohon komen pada post en Kiz sekarang tau sebab En Kiz nak tau jugak ada ke orang nak baca penulisan en Kiz yang tak seberapa ni kan.

Klik LINK ini untuk turut serta komen ya..

Follow Stickiz
------------------
FB : Stickiz
IG : Stickiz