Showing posts with label sticker business. Show all posts
Showing posts with label sticker business. Show all posts

Friday, 8 April 2016

Contoh Design Sticker Penggemar Karipap Segera Frozen Food

Untuk petang ni Kiz nak tunjuk design sticker untuk penggemar karipap segera special dari Rohaya's pastry yang beroperasi di Muadzam Shah Pahang. Yang ni memang menggiurkan Kiz sebab Kiz memang suka sangat makan karipap. Lagi best kalau kat dalam inti tu ada letak daging sekali. sama ada daging lembu atau daging ayam dua dua pun sedap. Kadang kadang Kiz g beli kat pasar yang mana ada jual karipap besar harga singgit tu..wat makan sorang..hehe..

Contoh Design Sticker Penggemar Karipap Segera Frozen Food


 Lakaran Design


Unutk lakaran ni Puan Rohaya buat sendiri. Puan Rohaya tak walk in kat kedai tau. Just guna whatsapp je. pastu Puan Rohaya cakap yang penting detail dalam ni mesti ada kat konsep dan design yang Kiz akan buatkan.



Lakaran Design

Alamat Perniagaan


Alamat perniagaan pun kena letak juga kat sticker ni. Selain tu no telefon dan tarikh luput juga penting kena ada. Banyak detail yang nak kena letak ni. Tapi jangan risau. Untuk saiz sticker ni besar so tak de masalah tuk letak banyak detail macam ni.

Alamat, No Telefon Dan Tarikh Luput

Konsep Dan Design


Yang pertama nya bila jual karipap mesti lah nak kena ada gambar karipap kan?

Untuk design 1 ni penggunaan warna lebih jelas dan pekat jika nak dibandingkan dengan design 2. Warna background pula atas permintaan puan Rohaya. Disebabkan warna karipap tu dah warna kuning dan gold maka warna maroon ter sangat lah match dengan warna karipap.

Untuk susunan gambar dan details yang ingin diletak u all boleh lah tengok kat gambar design di bawah ya..

Design 1

Design 2
 Untuk design 3 ni Kiz sengaja buang gambar karipap tu buat perbandingan nak tengok design mana yang lebih cantik, sama ada yang ada karipap atau yang tak ada.. So design 1 dan 2 lagi menyerlah kan? Kalau u all tengok kat logo "halal" dan "Buatan Malaysia" Kiz letak kotak warna putih kat situ. Pun Kiz rasa tak ada kotak tu lagi kemas dan cantik..
Design 3

Dan Design Yang Dipilih Adalah...



Sudah tentu la design 1.. Puan Rohaya pun sangat berpuas hati dengan hasil kerja Kiz untuk design ni. Sebab Puan Rohaya ada bagi tau masa sticker ni dah sampai. Dia cakap kalau tak suh Kiz buat design ni, dia sendiri pun tak terpikir nak wat camni..

Jadi yang mana mana ada bisnes frozen food dan nak dapatkan design macma contoh design karipap segera ni boleh lah contact Kiz di facebook Kiz ya. Caranya mudah je...





Thursday, 7 April 2016

Contoh Design Sticker Untuk Madu Kelulut

Hari ni Kiz dapat lagi request dari client nak wat design sticker tuk madu kelulut. nampaknya permintaan terhadap madu kelulut pun semakin banyak. Jadi nya Kiz pun tengok tengok gak la khasiat madu kelulut ni. Antara khasiat madu kelulut adalah meningkatkan mwtabolisme badan, menambahkan tenaga batin, dan menjaga kesihatan dalam perempuan.

Rupanya khasiat pasal madu ni dah ada tertulis kat dalam Al Quran dalam surah An-Nahl dalam ayat 68 dan 69. Ertinya :

"Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah L Buatlah sarang sarang di bukit bukit, di pohon pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia"

" Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang orang yang memikirkan."

Contoh Design Sticker Untuk Madu Kelulut


Pemilihan Design


Client Kiz kali ni puan Azilah Hassan dah bawak siap siap design yang perlu diprint. Cuma ada sedikit pertukaran yang diminta. Contohnya kat tulisan Stingless Bee Honey tu puan Azilah Hassan minta highlightkan. nama pengedar juga ditukar dan menambah facebook puan Azilah sendiri ke dalam sticker. Di bawah sticker pula ada 2 no telefon yang boleh di whatsapp jika customer nak buat pembelian.




Contoh Bentuk Design Yang Dah Siap


Ok yang gambar kat bawah ni sticker yang belum dipotong lagi tau.


Yang ni lak dah dipotong


Dan Inilah Hasilnya...



Ada lagi yang nak buat Sticker tuk madu?Atau nak buat sticker untuk produk lain?
Meh la pm Kiz di facebook Stickiz ok!(klik sini)







Tuesday, 5 April 2016

Contoh Design Sticker Scrub Gebu Mulus

Untuk update design sticker hari ni Kiz tunjuk design scrub lak ya. Asyik kopi je bosan gak kan.. Ada ke yang tak tau scrub ni apa? Alaaa.. yang pakai kat muka pas beberapa minit tu tanggalkan then basuh je.. Kata nya kalau pakai scrub ni jerawat senang kecut pastu minyak dan kotoran kat muka tu pun senang tercabut. Betul ke? pembaca Stickiz dari golongan hawa leh confirmkan?

Contoh Design Sticker Scrub Gebu Mulus


Pemilihan Design


Saiz untuk sticker ni kecik je diameter yang digunakan lak 6 cm.Tapi tak lah kecik sangat besar juga pada Kiz kalau nak letak kat bekas scrub tu. Makna nya berbaloi gak la kalau beli scrub ni sebab kandungan nya mesti banyak. Bentuk sticker yang diminta pula ada lah bulat. Manakala untuk pemilihan design nak wat camne tu suma diserahkan kepada Kiz

Pemilihan Tag Line


Tag line yang dipilih ada lah "2 in 1 face & body" Nak kata tag line sebenar tu tak jugak. Cuma mungkin owner rasa kan letak fungsi dan kelebihan scrub ni di sticker adalah lebih penting dari letak tag line produk tu

Pemilihan warna background


Warna back ground yang diminta tak lain tak bukan warna pink lembut. Kalau melibatkan produk untuk kecantikan wanita ni biasanya basic colour memang pink. Ya lah.. pink kan warna kesukaan perempuan kan..mesti dapat tarik ramai pelanggan kalau guna warna pink..

Contoh design yang dah siap dan untuk dipilih


Yang design first Kiz wat simple simple je mengikut permintaan client. Ada kerawang warna pink yang lebih pekat kat atas dan kat bawah. Tulisan nama produk pula di tengah dan tag line betul betul berada di bawah nama produk. owh ya ada tambahan berat produk kat bawah sekali.. Nmpak kan?

Yang design no 2 ni lak Kiz tambahkan bunga dan daun di keliling hujung sticker. Tujuannya adalah untuk menampakkan seri dan keperempuanan pink tu lagi. Nampak lebih femini kan bila letak bunga kat keliling camni?

Yang design ketiga ni sama konsep dengan design yang first tu. Tapi ditukar warna background.Hehe.. terus client tak nak yang macam ni.. :-p


Dan... Ini lah design yang telah dipilih..!!!


Design yang kedua telah jadi plihan. cantik kan? warna pink dah ditambah dengan daun dan bunga memang cantik. Nampak ayu je sticker ni..sama ayu dengan pemakai scrub gebu mulus ni..hehehe..


Untuk client yang nak pasarkan produk kecantikan sendiri tapi belum ada design sticker lagi boleh lah pm Kiz di Stickiz(klik sini) sekarang ya. Kiz akan bagi idea design yang paling cool sekali mengikut kesesuaian produk anda. 

Terima kasih kerana mempercayai Kiz..






Stickiz Sticker Online Paling Murah Di Malaysia

Betul ke Stickiz ni kedai online paling murah lau nak wat sticker? Paling murah tu lak tuk jenis sticker yang camne? Eh betul ke paling murah? 

Alhamdulillah setakat ni Kiz ni dapat tempahan yang paling banyak untuk bulan yang lepas. Sampai tak terkejar kejar nak print. Ranai sangat yang cakap stickiz bagi murah sangat sampai tak tahan nak order banyak banyak.

Stickiz Sticker Online Paling Murah Di Malaysia


Kelebihan Stickiz : Order makin banyak makin murah, tapi order sikit pun murah!!!


Masa mula mula Kiz wat bisnes ni Kiz terfikir tuk bantu bisnes bisnes kecil yang baru nak majukan perniagaan masing masing, Kiz faham kos awal untuk buat packaging dan labelling bukannya murah. Ada certain tempat tu kena order sampai berpuluh puluh ribu keping baru la dapat murah sikit. 

Ada gak yang harga nya sama je..beli banyak pun harga camtu beli sikit pun harga camtu...

Bayangkan kalau hanya target jualan 2 ribu je sebulan taoi nak kena order sampai 20 ribu eping sebulan. kan ambil masa sampai setahun punya stok nak kena simpan. Kesian la kat mana mana yang baru nak mula berniaga tu sebab mual mula kan nak rollling secepat mungkin. 

Pada Kiz kalau mula mula tu nak rolling modal sebulan sekali pun susah, apa lagi kalau nak rolling setahun sekali.

Tak le tidur malam gak nak kena fikir kan?

Kelebihan Stickiz : Rush order boleh siap 1 hari je.


Lagi yang Kiz cuba bantu adalah tuk siapkan ugent atau rush order ni. Kalau u all dah habis sticker tapi pada masa sama ada permintaan yang urgent, Kiz boleh tolong cepatkan masa tu print order u all. 

Paling lambat sehari je dah siap. Jangan risau tentang kualiti suma nya tetap akan dijaga dengan baik ok :-)

Kelebihan Stickiz : Pos Courier hanya guna Pos Laju sahaja.


Kat service courier memang selama ni Kiz guna pos laju je tau. So jangan risau yang nak guna pos tu sticker lambat sampai lak. Pos laju biasanya ambil masa 1 hingga 2 hari je tuk sampai ke customer. Kiz tak nak guna courier lain walau pun murah. 

Sebab Kiz tau betapa pentingnya masa u all untuk receive sticker tu dengan cepat. Kalau guna pos laju pun lambat gak boleh btau Kiz, kiz akan tolong check kan apa masalahnya dan kenapa tak sampai lagi..

Now Kiz dah btau kelebihan Stickiz dan sudah tentu Kiz akan sentiasa berikan perkhidmatan yang terbaik untuk u all suma..Mmuahh..!!! Untuk pertanyaan dan sebarang cadangan Kiz alu alu kan juga.Maa la tau kalau kalau ada lagi ang Kiz boleh tolong..

Pm Kiz di facebook Stickiz ya..!!!(klik sini)




Monday, 28 March 2016

Tips Business Yang Sangat Penting! Warm Welcome

Hi suma..Selain dari post mengenai design sticker Kiz nak share juga tips business yang sangat penting untuk u all jalankan sesuatu perniagaan.Insya Allah kiz akan share suma pengalaman dan juga ilmu yang Kiz practice sepanjang Kiz buka kedai Stickiz ni.

Semoga apa yang Kiz kongsikan ni bermanfaat untuk u all dan seterusnya u all dapat gak buka kedai macam Kiz dan lebih berjaya dari kiz 1 hari nanti..Amin....



Tips Business Yang Sangat Penting! Warm Welcome


Warm Welcome - kebanyakkan dari kedai-kedai mahupun butik ternama di Malaysia tak amalkan warm welcome.


"Selamat Datang!!" (dengan penuh ikhlas dan jelas)


Benda ni nampak kecil tapi impaknya besar. Orang yang disapa dengan Warm Welcome akan rasa sangat dihargai dan dialu-alukan.Yang paling penting pelanggan akan rasa sangat dihormati dan secara tak langsung proses perbualan di antara pelangan dan pembantu jualan pun akakn berjalan lancar.

Cuba bayangkan apa yang terjadi kalau pelanggan masuk masuk je kedai tapi tak disambut dengan baik?silap silap dari awal masuk sampai keluar kedai muka ketat je dengan sales assistant.


Tapi kalau jadi macam tu jangan salahkan pelanggan pula.kita yang salah.dan ubah lah pendekatan kta dengan pelanggan ya!

Pelanggan akan rasa selesa nak tengok-tengok


Selepas beri warm welcome, Sudah tentu kena kita kena tanya pelanggan apa bantuan yang perlu kita berikan? Tapi kena tengok keadaan juga ya.Ada juga pelanggan yang perlukan privacy semasa memilih barang.

Yang penting kita atau sales assistant kena sentiasa ada juga berdekatan dengan pelangggan. Karang kalau dia panggil nak minta bantuan tapi kita xde, dah jadi sia sia lak warm welcome kita tadi.

Peratusan nak membeli pun boleh meningkat.


Lagi awal lagi bagus. Pelanggan baru langkah kaki nak masuk terus sapa Selamat Datang.
Setakat Kiz buat sruvey sambil jalan-jalan dalam mall, ada 3-4 butik sahaja yang buat ni..

Cuba try masuk butik Uniqlo, Zawara Coffee ataupun Calaqisya.. Dan rasa apa perasaannya sebagai customer.Mesti seronok kan???

P/S : Semua jenis perniagaan boleh warm welcome ni, tak semestinya butik, even jual goreng pisang pun lebih patut buat.