Showing posts with label sticker perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label sticker perkahwinan. Show all posts

Sunday, 17 April 2016

Jenis Jenis Design Sticker Yang Selalu Mendapat Tempahan Di Stickiz

Nak tau jenis design sticker yang cmne yang selalu dapat tempahan di Stickiz?Mesti u all nak tau kan sticker ni boleh guna untuk apa je.. Sebenarnya sticker ni banyak je kegunaannya. Yang penting masa u all guna sticker ni u all tau nak tampal kat mana dan nak guna kat mana..

Jenis Jenis Design Sticker Yang Selalu Mendapat Tempahan Di Stickiz


Sticker Bisnes/Perniagaan


Sticker yang ni memang ramai yang suh Kiz design. Alhamdulillah situasi ni menunjukkan dah semakin ramai orang yang ingin berniaga secara serius. Kalau dulu mungkin ada orang yang wat bisnes tak nak buat sticker tapi sekarang ni orang jual nasi lemak pun dah tampal sticker kat bungkusan masi lemak diorang. 

Penting tau sticker ni tuk letak kat produk u all. Jangan packaging je yang cantik guna botol dan bekas mahal mahal tapi kat bahagian labelling sticker u all tak nak buat pun. Rugi la camtu..

Kalau ada sticker kat labelling produk u all ni bukan saja dapat menarik perhatian customer yang nak beli produk u all, tapi pada masa dapat menjimatkan kos pembuatan jugak. Untuk memulakan perniagaan secara kecil kecilan ni elok just tampal sticker je dulu. 

Nanti bila bisnes dah besar bolehlah wat packaging sendiri siap dah ada labelling suma. Cuma wat sama sekarang ni just fokus pada packaging biasa dan pada masa sama guna sticker untuk labelling.

Antara sticker yang paling banyak Kiz dapat tempahan tuk bulan March dan April ni adalah sticker untuk kopi cawan besar, ice blended dan juga produk makanan sempena hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang pada bulan Julai nanti.

Produk makanan hari raya ni termasuklah kuih raya, makanan sunnah dan penambah tenaga seperti madu dan kurma, dan tempahan kek untuk rumah terbuka.

Sticker Perkahwinan


Untuk sticker perkahwinan lak Kiz memang dapat tempahan setiap hari. Senang kata orang sekarang ni berkahwin dah tak ikut musim dah. kalau dulu mungkin ramai yang kahwin pada cuti sekolah je. Tapi sekarang ni hari minggu biasa pun dah ramai gak yang kahwin. 

Sebab utamanya adalah kerana tak dapat booking dewan dan juga katering. Kalau nak tarikh cuti sekolah juga terpaksa lah wat booking awal awal. Kalau kat selangor ni kalau tak silap Kiz setahun sebelum majlis kahwin dah kena boook dah. Kalau tak memang sudah lah nak cari dewan dan katering tuk kahwin nanti.

Ok yang sticker tuk kahwin ni biasanya pengantin akan beli untuk ditampal pada doorgift. Tujuannya adalah untuk tambah lagi hiasan pada doorgift tu.Boleh je kalau nak bagi doorgift kat tetamu tanpa ada sticker, tapi tak manis lah pulak kan orang kata... lagi lagi kalau untuk kawan kawan kita yang penat penat datang dari jauh. Mesti lah diorang expect dapat doorgift yang cantik dari pengantin.

Haaaaa.. kalau design tuk kahwin ni memang unik unik la sumanya.. Macam macam design yang Kiz dah buat kan. Dan kebanyakkannya akan gunakan warna pink sebagai warna pilihan pengantin. Normal la tu kan? 

Hari perkahwinan kan hari yang paling istimewa untuk pengantin wanita terutamanya. So dah tentu warna pink juga la yang dipilih tuk sticker doorgift kahwin. Yang pengantin lelaki redha je la yer kalau isteri u all nak warna pink ;-)

Sticker Kereta Dan Motosikal


Lau cakap sticker kereta ni lak dah tentu lah dimonopoli orang lelaki.. Ya la dah tentu orang lelaki yang lagi suka hias kereta diorang jika nak dibandingkan dengan orang perempuan. 

Kalau Kiz g stadium tu boleh dikatakan setiap kereta ada sticker pasukan bolasepak kegemaran masing masing. yang orang Selangor tu dengan sticker Selangor la, orang kelantan lak ngan sticker Kelantan. tu belum lagi sticker pasukan bola dari epl. penuh kereta diorang dengan sticker manchester united barcelona ngan liverpool.

So itu lah antara design sticker yang selaku Kiz dapat tempahan kat Stickiz. lau ada yang berminat untuk berurusan dengan Kiz jangan malu malu ya untuk pm Kiz kat Stickiz. Klik je ( kat sini ) utnuk pm Kiz.. Thankz u all..... :-)

Wednesday, 23 March 2016

Cara Nak Cantikkan Lagi Doorgift Anda Dengan Sticker Kahwin

Disebabkan ramai client Kiz yang datang nak tempah sticker kahwin hari ni Kiz nak share sikit cara cara nak cantikkan lagi doorgift dengan sticker kahwin.Penting tau sticker kahwin ni lau nak tampal kat doorgift kahwin terutamanya untuk jaga hati tetamu yang terdekat macam ahli keluarga, sedara mara dan kawan kawan baik.

Kalau doorgift yang u all bagi tu kemas dan cantik,tetamu yang datang tu mesti sambut dengan perasaan yang gembira..kadang kadang tu senyum lebar sampai ke pipi dapat doorgift kahwin yang cantik..

Cara Nak Cantikkan Lagi Doorgift Anda Dengan Sticker Kahwin

1)Pemilihan warna sepadan dengan warna tema majlis.

Pemilihan warna kat sticker tu nanti mesti lah kena match dengna tema majlis u all. Tak semestinya warna yang sama tau. Bagus juga kalau dekat sticker tu buat warna yang kontra dan berlainan.Jadi nampak keserlahan kat doorgift tu nanti..Kalau warna yang sama takut tetamu tak perasan keunikan  doorgift tu.U all mesti la nak tetamu nampak dan beri perhatian kat doorgift tu nanti kan...???

2)Pemilihan Design.

Ni pun Kiz cadangkan ikut tema majlis perkahwinan u all.Takkan tema retro tapi nak tampal sticker Ultraman lak kat doorgift kahwin u all?Haha.. mesti la tak macam tu kan?Ok..Kiz gurau je sebenarnya..Takkan la u all terpikir nak buat konsep yang berlainan macam tu sekali.

Kebanyakkan client Kiz letak gambar kartun pengantin atau pun corak bunga sebagai gambar design kat sticker tu.nampak simple dan kemas je la.Tapi nak letak yang vogue2 pun boleh..Kiz terima je permintaan u all..

3)Pemilihan bentuk sticker.

Nak sticker bulat atau petak lak bergantung pada packaging doorgift kahwin tu tau.Yang penting diameter sticker kena ukur betul betul dulu..kesilapan ni selalu berlaku sebab bakal pengantin ingat sticker tu besar bila tengok kat gambar,bila dapat kat tangan sticker tu rupa rupa nya kecik lak..

Jadi sticker tu tak tutup habis lah doorgift kahwin tu. Tak keterlaluan kalau Kiz cakap doorgift tu jadi cacat nanti..Malah makin memburukkan apppearance doorgift tu..

Fuh..OK ni Kiz nak btau...sebenarnya banyak je lagi pengantin tak tau macam mana cara nak cantikkan lagi doorgift dengan cara tampal sticker kahwin tu..Sebab ramai yang masih wasap Kiz tanya boleh ke sticker ni nak tampal kat doorgift kahwin..

Hehe..so kalau bakal pengantin kat luar sana dah tau cara cara nya boleh lah contact Kiz kat Fb Stickiz(klik sini) atau pun wasap kat no ni ya.. 019-275 1605.

Tq..