Sunday 20 March 2016

Sticker Design Untuk Cookies Red Scarf

Antara tempahan yang Kiz dapat untuk minggu ni adalah sticker design untuk penggemar cookies red scarf.Namanya red scarf tapi cookies tau bukan tudung...jangan keliru lak..

Sticker Design Untuk Cookies Red Scarf

Pada mulanya Red Scarf hanya menggunakan kertas A4 biasa dan ditampal pada botol cookies.Menyedari kepentingan sticker yang cantik untuk menarik minat pelanggan,red Scarf telah menghubungi Kiz unutk membuat tempahan sticker.
 

Maklumat yang diperlukan

1)Tema warna pink.

Red Scarf telah membuat keputusan untuk menggunakan tema berwarna pink kerana warna pink adalah warna kegemaran untuk kebanyakan penggemar cookies.Katanya penggemar cookies ni adalah dari golongan kanak anak sehingga remaja.

2)Akaun Instagram dan No Whatsapp

Kemudian,Red Scarf ingin meletak akaun instagram atas nama akaun @bellakhider dan juga nombor telefon yang digunakan untuk whatsapp.

Lihat hasilnya..

1st Draf.

Yang ni hasil design yang pertama.walau bagaimanapun Red Scarf telah meminta konsep yang lain.

2nd Draf

Yang ni lak design yang kedua.Warna background Kiz tukar kepada warna hitam.Tapi kemudiannya Red Scarf telah meminta semula untuk menukar warna background kepada warna putih.

Final Draf

Dan akhirnya,setelah membuat design yang ketiga baru lah Red Scarf berpuas hati.kat design ni Kiz tukar font yang nampak moden sikit dan warna background pun Kiz tukar kepada pink yang light sikit..



No comments:

Post a Comment