Monday, 28 March 2016

Tips Business Yang Sangat Penting! Warm Welcome

Hi suma..Selain dari post mengenai design sticker Kiz nak share juga tips business yang sangat penting untuk u all jalankan sesuatu perniagaan.Insya Allah kiz akan share suma pengalaman dan juga ilmu yang Kiz practice sepanjang Kiz buka kedai Stickiz ni.

Semoga apa yang Kiz kongsikan ni bermanfaat untuk u all dan seterusnya u all dapat gak buka kedai macam Kiz dan lebih berjaya dari kiz 1 hari nanti..Amin....



Tips Business Yang Sangat Penting! Warm Welcome


Warm Welcome - kebanyakkan dari kedai-kedai mahupun butik ternama di Malaysia tak amalkan warm welcome.


"Selamat Datang!!" (dengan penuh ikhlas dan jelas)


Benda ni nampak kecil tapi impaknya besar. Orang yang disapa dengan Warm Welcome akan rasa sangat dihargai dan dialu-alukan.Yang paling penting pelanggan akan rasa sangat dihormati dan secara tak langsung proses perbualan di antara pelangan dan pembantu jualan pun akakn berjalan lancar.

Cuba bayangkan apa yang terjadi kalau pelanggan masuk masuk je kedai tapi tak disambut dengan baik?silap silap dari awal masuk sampai keluar kedai muka ketat je dengan sales assistant.


Tapi kalau jadi macam tu jangan salahkan pelanggan pula.kita yang salah.dan ubah lah pendekatan kta dengan pelanggan ya!

Pelanggan akan rasa selesa nak tengok-tengok


Selepas beri warm welcome, Sudah tentu kena kita kena tanya pelanggan apa bantuan yang perlu kita berikan? Tapi kena tengok keadaan juga ya.Ada juga pelanggan yang perlukan privacy semasa memilih barang.

Yang penting kita atau sales assistant kena sentiasa ada juga berdekatan dengan pelangggan. Karang kalau dia panggil nak minta bantuan tapi kita xde, dah jadi sia sia lak warm welcome kita tadi.

Peratusan nak membeli pun boleh meningkat.


Lagi awal lagi bagus. Pelanggan baru langkah kaki nak masuk terus sapa Selamat Datang.
Setakat Kiz buat sruvey sambil jalan-jalan dalam mall, ada 3-4 butik sahaja yang buat ni..

Cuba try masuk butik Uniqlo, Zawara Coffee ataupun Calaqisya.. Dan rasa apa perasaannya sebagai customer.Mesti seronok kan???

P/S : Semua jenis perniagaan boleh warm welcome ni, tak semestinya butik, even jual goreng pisang pun lebih patut buat.



Wednesday, 23 March 2016

Cara Nak Cantikkan Lagi Doorgift Anda Dengan Sticker Kahwin

Disebabkan ramai client Kiz yang datang nak tempah sticker kahwin hari ni Kiz nak share sikit cara cara nak cantikkan lagi doorgift dengan sticker kahwin.Penting tau sticker kahwin ni lau nak tampal kat doorgift kahwin terutamanya untuk jaga hati tetamu yang terdekat macam ahli keluarga, sedara mara dan kawan kawan baik.

Kalau doorgift yang u all bagi tu kemas dan cantik,tetamu yang datang tu mesti sambut dengan perasaan yang gembira..kadang kadang tu senyum lebar sampai ke pipi dapat doorgift kahwin yang cantik..

Cara Nak Cantikkan Lagi Doorgift Anda Dengan Sticker Kahwin

1)Pemilihan warna sepadan dengan warna tema majlis.

Pemilihan warna kat sticker tu nanti mesti lah kena match dengna tema majlis u all. Tak semestinya warna yang sama tau. Bagus juga kalau dekat sticker tu buat warna yang kontra dan berlainan.Jadi nampak keserlahan kat doorgift tu nanti..Kalau warna yang sama takut tetamu tak perasan keunikan  doorgift tu.U all mesti la nak tetamu nampak dan beri perhatian kat doorgift tu nanti kan...???

2)Pemilihan Design.

Ni pun Kiz cadangkan ikut tema majlis perkahwinan u all.Takkan tema retro tapi nak tampal sticker Ultraman lak kat doorgift kahwin u all?Haha.. mesti la tak macam tu kan?Ok..Kiz gurau je sebenarnya..Takkan la u all terpikir nak buat konsep yang berlainan macam tu sekali.

Kebanyakkan client Kiz letak gambar kartun pengantin atau pun corak bunga sebagai gambar design kat sticker tu.nampak simple dan kemas je la.Tapi nak letak yang vogue2 pun boleh..Kiz terima je permintaan u all..

3)Pemilihan bentuk sticker.

Nak sticker bulat atau petak lak bergantung pada packaging doorgift kahwin tu tau.Yang penting diameter sticker kena ukur betul betul dulu..kesilapan ni selalu berlaku sebab bakal pengantin ingat sticker tu besar bila tengok kat gambar,bila dapat kat tangan sticker tu rupa rupa nya kecik lak..

Jadi sticker tu tak tutup habis lah doorgift kahwin tu. Tak keterlaluan kalau Kiz cakap doorgift tu jadi cacat nanti..Malah makin memburukkan apppearance doorgift tu..

Fuh..OK ni Kiz nak btau...sebenarnya banyak je lagi pengantin tak tau macam mana cara nak cantikkan lagi doorgift dengan cara tampal sticker kahwin tu..Sebab ramai yang masih wasap Kiz tanya boleh ke sticker ni nak tampal kat doorgift kahwin..

Hehe..so kalau bakal pengantin kat luar sana dah tau cara cara nya boleh lah contact Kiz kat Fb Stickiz(klik sini) atau pun wasap kat no ni ya.. 019-275 1605.

Tq..

4 Jenis Sticker Printing Paling Popular Di Malaysia

Untuk hari ni Kiz bercadang nak bagi tau 4 jenis sticker printing paling popular di Malaysia.Kenapa u all perlu tau jenis jenis semua sticker ni?Sebabnya adalah supaya u all dapat buat keputusan dengan tepat ketika memilih jenis sticker mana satu yang sesuai untuk produk u all.

4 jenis sticker printing paling popular di malaysia


1)Mirrorkote paper.


Ok,yang paling popular dah tentu sticker yang menggunakan jenis mirrorkote paper.Nak tau kenapa mirrorkote paper ni paling popular?

Antara cici ciri mirrorkote paper adalah paper ni jenis yang melekat pada packaging.Memang tak akan tertanggal bila da lekatkan.Selain itu tahap kilat pada mirrorkote juga amat tinggi.
Sangat sesuai untuk digunakan pada doorgift untuk semua majlis perkahwinan dan keraian, dijadikan label paperbag, botol kaca dan juga plastik.


2)Matte paper



Untuk Matte Paper pula biasanya digunakan sebagai cover buku dan file.Jarang digunakan untuk printing sticker kerana permukaan paper adalah tidak berkilat.Tak keterlaluan kalau Kiz cakap permukaan matte paper ni sedikit kasar.Dan lagi 1 info yang u all perlu tau adalah sticker matte ni akan di laminate


3)Glossy paper



Glossy paper pula mendapat permintaan bergantung pada minat owner produk.Sudah tentu sticker yang menggunakan glossy paper mempunyai tahap kilat yang palng tinggi.Tapi Kiz na cadangkan kalau nak guna glossy paper ni kena bergantung juga pada packaging produk.Takut tak berapa nak sesuai..

4)Transparent paper


Dan yang terakhir adalah transparent paper.Yang biasanya yang suka sticker macam ni perempuan jer..sebabnya nak menampakkan dan menonjolkan gambar yang ada kat sticker tu.Dan biasanya sticker ni hanya digunakan pada botol kaca sahaja..

Di antara ke empat empat jenis sticker printing paling popular di Malaysia ni,,memang Kiz cadangkan pada u all untuk menggunakan mirrorkote paper sahaja untuk lekatkan pada produk u all dan juga doorgift u all.Sebab mirrorkote paper ni la yang paling lasak dan kalis air..

So mari lah print sticker di Stickiz..hehe


Tuesday, 22 March 2016

Kenapa Di Stickiz Boleh Tempah Harga Sticker Paling Murah.

Hari ni Kiz nak btau sedikit rahsia kenapa kat Stickiz boleh bagi harga sticker paling murah.
Pada mulanya ramai yang terkejut tak sangka sebab harga Stickiz memang berpatutan dari kedai kedai lain.

Tapi secara realitinya bukan harga murah saja yang menjadi keutamaan Kiz ya.Meh kita tengok apa faktor faktor nya yang menyebabkan Stickiz jadi pilihan ramai.

Sebab dan punca kenapa Stickiz harga sticker paling murah

1)Pembelian Paper khas sticker dalam kuantiti yang sangat banyak

Kiz memang beli paper sticker ni dalam kuantiti yang banyak.Tujuannya adalah untuk mengurangkan kos pembelian Stickiz.Memang kalau sekali beli tu penuh rack dengan paper sticker ni.

2)Penggunaan mesin printer sticker yang berkualiti tinggi.

Agak agak berapa kos untuk 1 mesin printer sticker yang Kiz gunakan di Stickiz?Kiz beli dalam berpuluh ribu gak sebenarnya.MAAF.tak boleh bagitau harga yang sebenar.

Tujuan Kiz gunakan mesin yang memang mahal ni bukan sahaja untuk dapatkan hasil yang berkualiti tinggi,tapi pada masa yang sama dapat menjimatkan masa dan menghasilkan pengeluaran yang tinggi pada setia hari.

So bila pengeluaran tinggi, Kiz dapat lah ambil order dengan banyak..
Lagi satu sebab mesin ni susah nak rosak.dah bertahun pakai tak pernah lagi rosak.

Sebelum ni pernah pakai yang murah selalu sangat rosak.
Mesti u all suma pernah tempah sticker kat kedai lain tapi pada masa sama kedai tu tak dapat siapkan pada masa yang sepatutnya kan???

3)Staff yang berdedikasi tinggi.

Jangan risau!!!
Di Stickiz,Kiz memang mengutamakan perkhidmatan yang bermutu tinggi kepada bakal bakal client Stickiz.Seminggu sekali Kiz akan buat briefing pada semua staff mengenai masalah masalah yang dihadapi sepanjang mengedalikan client.

So kalau ada staff staff Kiz yang buat hal atau tak memberikan layanan yang baik pada u all jangan malu nalu ok untuk report pada Kiz.

InsyaAllah setiap komplen dari u all semua akan Kiz perbaiki dan 1 hari nanti Stickiz akan menjadi kedai yang popular dengan layanan baik dari staf staf nya..

OK!!
Sekarang ni Kiz dah jelaskan kenapa di stickiz boleh dapatkan harga sticker paling murah.dan yang paling penting sekali Kiz ada bagitau di stckiz bukan sahaja murah tetapi kualiti dan perkhidmatan yang baik juga diutamakan..

Akhir sekali kalau nak order nak tempah atau pun nak komplen boleh je contact Kiz di sini ya(Facebook Stickiz)

bye.......


Sticker Design Untuk Penggemar Coffee Ice Blend

Ada tak business owner yang masih lagi mencari design sticker untuk penggemar coffee cawan besar atau ice blend?

Kalau ada Kiz nak tunjuk lagi satu contoh memandangkan masih ramai lagi yang berminat untuk membuka dan berniaga coffee cawan besar ni.Dan memang pasti permintaan terhadap coffee cawan besar ni memang tinggi lagi lah dengan keadaan musim panas sekarang ni...

Sticker Design Untuk Coffee Ice Blend

Process Sticker Design

1)Pemilihan design.

Untuk design sticker kali ni client tak nak letak cawan coffee sebagai gambar background sticker.Tetapi memilih untuk menggunakan bentuk S1 dan design Kubebas.Warna Font yang digunakan pula adalah warna putih.

2)Pemilihan Tagline.

Haaa..untuk pemilihan tag line kali ni client telah decide dengan satu tag line yang dah biasa dan femes yang selalu digunakan oleh company company besar makanan seperti Mcdonald,KFC dan Pizza Hut.

Tag line yang digunakan adalah Take Away Coffee Ice Blend.
Macam biasa dengar je kan?
Dan lepas dengar kita pun akan take away je coffee ni kan?
1 strategi tag line yang bagus pada pendapat Kiz..

3)Pemilihan warna background.

Untuk pemilihan warna background pula client pilih untuk kekalkan dan mengikut warna yang dah sebati dengan coffee iaitu warna tema coffee Starbuck(warna hijau tua).

Dan dalam kotak kuning tu pula ada tambahan font SINCE 2016.
Sticker Design Untuk Penggemar Coffee Ice Blend
So kalau ada business owner yang masih buat sticker design untuk business coffee boleh je tanya tanya Kiz macam mana nak buat atau pun dapatkan idea yang bagus untuk business coffee ni ya.

Dan kalau ada yang ragu ragu atau tertanya tanya lagi sama ada boleh jalankan lagi atau tak business coffee ni Kiz nak bagi tahu 1 rahsia....

Sebenarnya sampai sekarang masih banyak lagi client yang tempah dan buat design sticker untuk business coffee ice blend.

Jadi tunggu apa lag meh tempah sticker dengan kiz dan Stickiz(Klik Sini)



Sunday, 20 March 2016

Sticker Design Untuk Cookies Red Scarf

Antara tempahan yang Kiz dapat untuk minggu ni adalah sticker design untuk penggemar cookies red scarf.Namanya red scarf tapi cookies tau bukan tudung...jangan keliru lak..

Sticker Design Untuk Cookies Red Scarf

Pada mulanya Red Scarf hanya menggunakan kertas A4 biasa dan ditampal pada botol cookies.Menyedari kepentingan sticker yang cantik untuk menarik minat pelanggan,red Scarf telah menghubungi Kiz unutk membuat tempahan sticker.
 

Maklumat yang diperlukan

1)Tema warna pink.

Red Scarf telah membuat keputusan untuk menggunakan tema berwarna pink kerana warna pink adalah warna kegemaran untuk kebanyakan penggemar cookies.Katanya penggemar cookies ni adalah dari golongan kanak anak sehingga remaja.

2)Akaun Instagram dan No Whatsapp

Kemudian,Red Scarf ingin meletak akaun instagram atas nama akaun @bellakhider dan juga nombor telefon yang digunakan untuk whatsapp.

Lihat hasilnya..

1st Draf.

Yang ni hasil design yang pertama.walau bagaimanapun Red Scarf telah meminta konsep yang lain.

2nd Draf

Yang ni lak design yang kedua.Warna background Kiz tukar kepada warna hitam.Tapi kemudiannya Red Scarf telah meminta semula untuk menukar warna background kepada warna putih.

Final Draf

Dan akhirnya,setelah membuat design yang ketiga baru lah Red Scarf berpuas hati.kat design ni Kiz tukar font yang nampak moden sikit dan warna background pun Kiz tukar kepada pink yang light sikit..



Friday, 18 March 2016

Betul Ke orang Cakap Print Sticker Kat Stickiz Paling Murah Kat Shah Alam?

Masa awal tahun ritu Kiz ada wat 1 post 'betul ke Stickiz print sticker paling murah kat shah alam'?
Post ni Kiz wat kat fb stickiz.
Tujuan Kiz wat post ni pada mulanya just nak tau sama ada harga yang Kiz offer tu berpatutan ke tak.mana la tau takut2 termahal ke kan..


Print sticker paling murah di Shah Alam.


Haaa..mesti suma nak tau kan macam mana feedback yang Kiz dapat lepas Kiz wat Post tu?

1)Jumlah like,komen dan share

Untuk status post ni Kiz biar dia available kat facebook dalam seminggu gak.Alhamdulillah dengan jumlah page likers sebanyak (berapa) masa tu,
dapat gak la total (berapa like,komen dan share.hehe.

2)Apa yang client Kiz komen?

Ada beberapa komen yang kiz betul betul tersentuh bila baca..tak sangka selama ni client kiz betul betul hargai dan suka dengan quality
service yang Kiz sediakan.

Kebanyakannya puji dengan cara Kiz layan diorang.Dan perkara yang paling penting diorang cakap ada lah Stickiz ni ada customer service
yang sangat professional,senang di bawa bincang.Bila hantar whatsapp tu sekejap ke je stickiz dah balas.

3)Contoh komen dari client.

Clien Kiz cakap mula mula tak sangka gak dengan harga yang Stickiz bagi tu betul ke boleh dapat design yang cantik cantik?
yela..biasanya kan kalau kita nak design yang berkualiti tinggi,harga pun tinggi gak.hehe..

Tapi Alhamdulillah masing masing berpuas hati dengan qulity design jika dibandingkan dengan harga yang Stickiz bagi.

Kesempatan ni Kiz nak berterima kasih sangat pada client Kiz yang dah pernah print sticker dekat Kiz.Ramai sangat yang dah tolong rekemen ka
kedai Stickiz ni.Kalau client baru datang,ramai yang cakap 'saya datang print  sticker kat sini sebenarnya sebab kawan saya yang bagi tau Stickiz
print sticker paling murah kat Shah Alam.

Kepada client yang baru nak tempah dan print sticker kat Stickiz,Kiz nak mengalu alukan sangat kesudian u all suma.

InsyaAllah Kiz akan berikan perkhidmatan yang paling baik dari segi kualiti design,kos dan masa siap nanti.