Showing posts with label contoh sticker design. Show all posts
Showing posts with label contoh sticker design. Show all posts

Saturday, 16 April 2016

Terus Haus Tekak Kiz Bila Wat Design Sticker Untuk Ice Blended Ni

Ya memang betul Kiz tak tipu langsung tau masa design sticker ice blended ni tekak Kiz tiba tiba jer terus haus, Dah tu terus Kiz keluar jap g beli ice blended yang ada jual kat hujung sebaris dengan kedai Stickiz tu. Puas rasanya bila dapat minum ice blended. 

Baru la bersemangat dan ada feel nak wat design sticker ni. Berpusu pusu tau idea masuk bila wat design ice blended ni sebab pada masa minum Kiz sedut ice blended yang real punya.. Makin sedut makin banyak idea masuk. Hehe..

Terus Haus Tekak Kiz Bila Wat Design Sticker Untuk Ice Blended Ni


Konsep Dan Design


Even dah banyak idea yang masuk kat kepala Kiz ni, Kiz tetap kena ikut konsep dan design yang telah diminta oleh client Kiz. Cuma macam mana Kiz nak olah design tu terserah ada Kiz, Ok, mula mula nya client minta Kiz untuk letak cawan ice blended tu pasa masa sama kat corak sticker kena ada idea susu yang mengalir. U all faham tak apa yang Kiz cuba terangkan ni?

So terlintas lah di fikiran Kiz tuk wat design macam gambar yang u all bole tengok kat bawah ni. Yang ni Kiz design kat bentuk petak dulu ya. nampak kan kat sebelah atas ada susu yang mengalir?

Konsep dan Design Sticker

Pemilihan Tag Line


Tag line yang ni pun best gak pada Kiz. Sebab menekankan supaya suma orang boleh beli. So takde la isu mahal atau tak ice blended yang dijual ni. Tag line nya adalah " Cheap, So Everyone Can Drinks". Bila baca tag line nya u all akan rasa xde masalah tuk beli kan? Betul tak???


Contoh Design Yang telah Disiapkan


Untuk design 1 ni Kiz letak cawan ice blended di sebelah bawah nama brand "Wawi Blended". Untuk warna tulisan brand tu kiz gunakan warna putih sahaja. Warna background lak warna hitam. Manakala warna tagline pula Kiz gunakan warna kuning.

Design 1 

Untuk design 2 ni pula sama je semuanya dengan design 1 yang kat atas. Cuma Kiz buang gambar cawan ice blended tu dan tukar warna background sticker. Tujuannya nak fokuskan kepada brand Wawi Blended dengan tagline tu sendiri. U all rasa ok tak design 2 ni?

Design 2

Akhirnya Design Yang Dipilih Adalah..


Dah tentu design yang ada cawan ice blended tu lagi menampakkan nature bisnes yang dibuat oleh client ni kan?
Dan warna background purple pula lebih menampakkan keserlahan dan keceriaan pada design sticker yang dibuat. So client Kiz dengan senang hatinya memilih untuk print design akhir yang dibuat seperti yang kat gambar bawah ni :-)

Design Sticker Yang telah Dipilih

Adakah ramai lagi yang masih mencari design sticker yang cantik cantik untuk bisnes ice blended?
Kiz yakin mesti masih ramai lagi yang plan nak wat bisnes ni. Since cuaca kat Malaysia ni memang sentiasa  panas, rasanya takde masalah la lau baru plan dan nak setup bisnes macam ice blended ni..

So kalau ada lagi yang nak wat design ice blended ni meh pm Kiz kat facebook Stickiz (klik sini) ya. Kiz akan cepat2 balas pm korang bila korang da om Kiz nanti.. Babai... :-)

Tuesday, 12 April 2016

Contoh Design Sticker Untuk Madu Lebah Kelulut Asli

Jom Kiz tunjuk design sticker terbaru yang Kiz dapat kali ni untuk madu lebah kelulut asli pula. Tau kan kebaikan madu kelulut ni apa?Kalau tak tau meh Kiz btau sikit2 kelebihannya. nati boleh lah u all cuba amalkan.

Antara kebaikan madu kelulut asli :

1)kandungan anti oksidan dalam madu kelulutlebih tinggi berbanding madu biasa.
2)Sangat baik untuk diamalkan ketika bulan puasa terutamanya kepada penghidap sakit gastrik.
3)Membantu mengurangkan pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi dan asma.

Contoh Design Sticker Untuk Madu Lebah Kelulut Asli


Contoh Design Yang Digunakan Sebelum Ini.


Packaging yang digunakan untuk madu lebah kelulut ni menggunakan botol seperti gambar kat bawah ni tau. Tak silap Kiz ni botol plastik je tapi yang berualiti tinggi la. Jenis tak mudah kemek ni..

Ada beberapa details yang perlu Kiz tukar atas permintaan client.Antaranya nama brand produk madu kelulut ni dan tagline yang akan digunakan.

Contoh Design Yang Digunakan Sebelum Ini

Konsep Dan Design


Atas permintaan client, warna tema untuk konsep dan design kali ni perlu la menggunakan warna gold dan hitam. So Kiz akan mix kan warna ni tengok kepada kesesuaian kombinasi warna tu sendiri.
Manakal saiz sticker yang diminta pula adalah 5.1cm x 6.3 cm. Bentuk sticker yang akan digunakan pula adalah berbentuk petak.

Tagline


tagline yang digunakan sebelum ni adalah "Asli dari Ladang". Mungkin client rasakan tagline tu tak berapa umpphh dan nampak biasa biasa je, so tagline yang baru digunakan adalah "Rahsia Penawar Alami". Satu tagline yang sangat bagus sebab mengetengahkan fungsi dan kebaikan madu kelulut ni. Kiranya bila customer tengok kat tagline tu je dah tau madu kelulut ni boleh jadi penawar untuk penyakit.

Details Lain Yang Perlu Diletak


Selain daripada yang Kiz sebut kat atas, client Kiz juga minta untuk letak berat sebenar madu ni. Sebenarnya untuk madu ni ada 2 packaging ya. Satu packaging nya berat 1kg dan lagi satu packaging beratnya hanya 330 gram. So Kiz kena fikir idea macam mana nak label 2 berat yang berbeza dalam satu sticker.

Untuk nama Brand nya pula client Kiz minta tukar kepada nama Syafira. Tujuannya adalah membuat semula branding madu ni dari awal semula. Kiz tak pasti la untuk produk yang sama atau berlainan ya..

 Contoh Design Yang dah Siap


Nama brand "Syafira Madu Kelulut Asli" ni Kiz letak besar besar kat tengah sticker. haha baru lah nampak dan berkesan kan kalau nak branding jenama produk?

Manakala untuk tagline pula Kiz letak kat bawah nama brand. Masa ni Kiz perlu tukar warna font yang berbeza, buat secara kontra supaya dapat menonjolkan perkataan yang ditulis. Manakala untuk berat pula macam biasa diletak di sebelah bawah.

Jom Kiz tunjuk apa perbezaan antara setiap design yang dah siap.


Perbezaan untuk design 1 ni dengan design lain adalah kedudukan corak bentuk heksagon yang kat dalam kotak warna hitam tu. kalau u all perasan kedudukan lebah kat setiap design pun berbeza ya. Macam kat design 1 ni lebah kecik yang kat bawah tu Kiz letak kat tengah tengah sikit.

Design 1

Manakala untuk design 2 ni kedudukan lebah kecik tu diletak kat atas sikit. Warna gold yang digunakan juga dikurangkan sikit kecerahannya.

Design 2

Haaaa... Untuk design 3 ni lak, Kiz ambil dari design 1 tetapi.....
Untuk bahagian berat tu Kiz wat 2 kotak kecil, kira untuk asingkan berat yang akan digunakan. So senang la client just tick kat berat yang mana satu nanti..

Design 3

Beza design 4 ni lak, design yang diambil dari design 2 tapi ada juga label untuk tick berat macam design 3 kat atas.

U all boleh nampak kan perbezaannya?

Design 4

Dan Design Yang Jadi Pilihan... Adalah......

Design 3..!!!

Kelebihan kat design 3 ni kat warna gold yang digunakan. kalau u all tengok kecerahan kat warna gold tu memang cantik dan dapat memikat customer untuk beli ketika first time kali tengok madu kelulut ni..

Design Yang Dipilih
Kalau ada pengusaha dan penjual madu yang rasa design ni cantik dan nak order desgn sticker macam madu keluut asli ni jangan lah lambat lambat untuk contack Kiz ya. caranya dengan (klik kat sini) sahaja.. Thankz...



Wednesday, 6 April 2016

Contoh Design Sticker Untuk Produk My Healthy Jar



U all rasa camne design sticker yang sesuai untuk produk macam healthy jar ni? Eh tau tak produk my healthy jar ni apa?Produk ni makanan kesihatan yang letak dalam botol tu la.. Tapi bukan yang dari kilang tau. ni takde proses punya, kebanyakannya yang fresh macam buah dan juice..

Contoh Design Sticker Untuk Produk My Healthy Jar


Ok la, Kiz tunjuk dulu eh contoh macam mana rupa nya my healthy jar ni.. Hah nampak tak kat bawah ni dalam tu tak silap Kiz ada bertih beras, lepas tu ada susu atau yogurt tak pasti.. buah nya kat atas lak memang buah yang berkhasiat. Ada buah kiwi,strawberyy... 
Yang lain tu Kiz tak pasti buah apa.

My Healthy Jar

Design yang telah disiapkan kepada Client


Design pertama yang Kiz prepare macam gambar kat bawah ni tau. dengan menggunakan konsep hitam putih je.. Tulisan agak stylish kat tengah tengah sticker dan da gambar jar kecik kat situ. Manakala kat ruangan bawah diletak akaun instagram dan no telefon untuk whatsapp.

Design 1 My Healthy Jar


Design yang kedua lak cam kat bawah ni. Since produk client ni jual makanan kesihatan dalam jar ada lak buah buahan yang fresh, Kiz decide untuk gunakan warna hijau muda sebagai warna highlight utama kat sticker. Untuk menonjolkan lagi tulisan " My healthy Jar " tu, Kiz tukar warna font " My" kepada warna oren dan font " Jar" kepada warna pink.

Kedudukan akaun instagram dan no telefon untuk whatsapp masih dikekalkan tempatnya. Cuma tukar warna font jer..
Design 2 My Healthy Jar
So antara design pertama ngan kedua yang mana lagi cantik? Mesti la yang kedua kan?

Ya betul design kedua telah menjadi pilihan client. Nampak macam sedap lak my healthy jar ni bile tengok sticker nya :-p. 

Esok boleh cuba rasa la..


Ada tak lagi yang bust bisnes my healthy jar ni? kalau ada meh la guna design camni dan print kat Stickiz. Ada pertanyaan lain pm je Kiz ok??(klik sini untuk pm)