Saturday, 16 April 2016

Terus Haus Tekak Kiz Bila Wat Design Sticker Untuk Ice Blended Ni

Ya memang betul Kiz tak tipu langsung tau masa design sticker ice blended ni tekak Kiz tiba tiba jer terus haus, Dah tu terus Kiz keluar jap g beli ice blended yang ada jual kat hujung sebaris dengan kedai Stickiz tu. Puas rasanya bila dapat minum ice blended. 

Baru la bersemangat dan ada feel nak wat design sticker ni. Berpusu pusu tau idea masuk bila wat design ice blended ni sebab pada masa minum Kiz sedut ice blended yang real punya.. Makin sedut makin banyak idea masuk. Hehe..

Terus Haus Tekak Kiz Bila Wat Design Sticker Untuk Ice Blended Ni


Konsep Dan Design


Even dah banyak idea yang masuk kat kepala Kiz ni, Kiz tetap kena ikut konsep dan design yang telah diminta oleh client Kiz. Cuma macam mana Kiz nak olah design tu terserah ada Kiz, Ok, mula mula nya client minta Kiz untuk letak cawan ice blended tu pasa masa sama kat corak sticker kena ada idea susu yang mengalir. U all faham tak apa yang Kiz cuba terangkan ni?

So terlintas lah di fikiran Kiz tuk wat design macam gambar yang u all bole tengok kat bawah ni. Yang ni Kiz design kat bentuk petak dulu ya. nampak kan kat sebelah atas ada susu yang mengalir?

Konsep dan Design Sticker

Pemilihan Tag Line


Tag line yang ni pun best gak pada Kiz. Sebab menekankan supaya suma orang boleh beli. So takde la isu mahal atau tak ice blended yang dijual ni. Tag line nya adalah " Cheap, So Everyone Can Drinks". Bila baca tag line nya u all akan rasa xde masalah tuk beli kan? Betul tak???


Contoh Design Yang telah Disiapkan


Untuk design 1 ni Kiz letak cawan ice blended di sebelah bawah nama brand "Wawi Blended". Untuk warna tulisan brand tu kiz gunakan warna putih sahaja. Warna background lak warna hitam. Manakala warna tagline pula Kiz gunakan warna kuning.

Design 1 

Untuk design 2 ni pula sama je semuanya dengan design 1 yang kat atas. Cuma Kiz buang gambar cawan ice blended tu dan tukar warna background sticker. Tujuannya nak fokuskan kepada brand Wawi Blended dengan tagline tu sendiri. U all rasa ok tak design 2 ni?

Design 2

Akhirnya Design Yang Dipilih Adalah..


Dah tentu design yang ada cawan ice blended tu lagi menampakkan nature bisnes yang dibuat oleh client ni kan?
Dan warna background purple pula lebih menampakkan keserlahan dan keceriaan pada design sticker yang dibuat. So client Kiz dengan senang hatinya memilih untuk print design akhir yang dibuat seperti yang kat gambar bawah ni :-)

Design Sticker Yang telah Dipilih

Adakah ramai lagi yang masih mencari design sticker yang cantik cantik untuk bisnes ice blended?
Kiz yakin mesti masih ramai lagi yang plan nak wat bisnes ni. Since cuaca kat Malaysia ni memang sentiasa  panas, rasanya takde masalah la lau baru plan dan nak setup bisnes macam ice blended ni..

So kalau ada lagi yang nak wat design ice blended ni meh pm Kiz kat facebook Stickiz (klik sini) ya. Kiz akan cepat2 balas pm korang bila korang da om Kiz nanti.. Babai... :-)

No comments:

Post a Comment