Tuesday, 5 April 2016

Contoh Design Sticker Scrub Gebu Mulus

Untuk update design sticker hari ni Kiz tunjuk design scrub lak ya. Asyik kopi je bosan gak kan.. Ada ke yang tak tau scrub ni apa? Alaaa.. yang pakai kat muka pas beberapa minit tu tanggalkan then basuh je.. Kata nya kalau pakai scrub ni jerawat senang kecut pastu minyak dan kotoran kat muka tu pun senang tercabut. Betul ke? pembaca Stickiz dari golongan hawa leh confirmkan?

Contoh Design Sticker Scrub Gebu Mulus


Pemilihan Design


Saiz untuk sticker ni kecik je diameter yang digunakan lak 6 cm.Tapi tak lah kecik sangat besar juga pada Kiz kalau nak letak kat bekas scrub tu. Makna nya berbaloi gak la kalau beli scrub ni sebab kandungan nya mesti banyak. Bentuk sticker yang diminta pula ada lah bulat. Manakala untuk pemilihan design nak wat camne tu suma diserahkan kepada Kiz

Pemilihan Tag Line


Tag line yang dipilih ada lah "2 in 1 face & body" Nak kata tag line sebenar tu tak jugak. Cuma mungkin owner rasa kan letak fungsi dan kelebihan scrub ni di sticker adalah lebih penting dari letak tag line produk tu

Pemilihan warna background


Warna back ground yang diminta tak lain tak bukan warna pink lembut. Kalau melibatkan produk untuk kecantikan wanita ni biasanya basic colour memang pink. Ya lah.. pink kan warna kesukaan perempuan kan..mesti dapat tarik ramai pelanggan kalau guna warna pink..

Contoh design yang dah siap dan untuk dipilih


Yang design first Kiz wat simple simple je mengikut permintaan client. Ada kerawang warna pink yang lebih pekat kat atas dan kat bawah. Tulisan nama produk pula di tengah dan tag line betul betul berada di bawah nama produk. owh ya ada tambahan berat produk kat bawah sekali.. Nmpak kan?

Yang design no 2 ni lak Kiz tambahkan bunga dan daun di keliling hujung sticker. Tujuannya adalah untuk menampakkan seri dan keperempuanan pink tu lagi. Nampak lebih femini kan bila letak bunga kat keliling camni?

Yang design ketiga ni sama konsep dengan design yang first tu. Tapi ditukar warna background.Hehe.. terus client tak nak yang macam ni.. :-p


Dan... Ini lah design yang telah dipilih..!!!


Design yang kedua telah jadi plihan. cantik kan? warna pink dah ditambah dengan daun dan bunga memang cantik. Nampak ayu je sticker ni..sama ayu dengan pemakai scrub gebu mulus ni..hehehe..


Untuk client yang nak pasarkan produk kecantikan sendiri tapi belum ada design sticker lagi boleh lah pm Kiz di Stickiz(klik sini) sekarang ya. Kiz akan bagi idea design yang paling cool sekali mengikut kesesuaian produk anda. 

Terima kasih kerana mempercayai Kiz..






No comments:

Post a Comment