Macam hari hari sebelum ni Kiz akan update contoh design sticker kan so hari ni sampai turn untuk Kiz update design sticker Pes Mee Udang Penang AHA's Kitchen pula. Sticker ni ditempah oleh bisnes owner nya sendiri iaitu puan Shima. Jom kita review lagi design sticker kali ni
Contoh Design Sticker Pes Mee Udang Penang AHA'S Kitchen
Konsep Dan Design
Idea untuk sticker ni memang Kiz suka sangat. Sebab kenapa Kiz suka? Sebabnya adalah penggunaan gambar yang dipilih untuk diletak kat sticker ni memang dapat menimbulkan imaginasi hasil masakan selepas menggunakan pes mee ni.
Jom kita tengok gambar yang digunakan. Adakah gambar dalam sticker tu adalah gambar pes mee udang? Bukan kan? gambar yang digunakan adalah mee udang yang dah disiap masak. Dan yang paling menariknya udang yang digunakan adalah udang besar. Bukan udang kecil. Ditambah pula dengan telur rebus sebagai hiasan di tepi. So gambar macam ni secara tak langsung telah menarik pelanggan untuk membeli bukan disebabkan pes mee tu sendiri tapi disebabkan udang besar yang ada kat dalam sticker tu.
Untuk brand company " AHA'S Kitchen" telah diletakkan di sebelah atas sticker. Manakala nama produk "Pes Mee Udang Penang" diletak di sebelah bawah brand.
Warna Dan Tema Background
Since produk ni adalah pes mee udang, mesti lah rasa nya pedas kan? So penggunaan warna merah adalah lebih bersesuaian untu sticker ni. Untuk membezakan dan menonjolkan nama brand pula Kiz gunakan warna hitam sebagai warna background. Manakala warna font yang digunakan adalah warna gold. kalau guna warna gold ni memang nampak terserlah tau jika nak dibandingkan dengan warna warna lain.
Bentuk yang dipilih pula adalah bentuk bulat dengan berdiameter 6 cm. yang gambar bawah ni Kiz belum potong lagi bentuknya tau. Nak tengok yang dah potong teruskan membaca lagi samapi bawah ya
Konsep Dan Design Sticker |
Taraaa... yang gambar kat bawah ni lah bentuk sticker yang dah dipotong. Di keliling bulatan tu Kiz tambah line juga berbentuk bulatan Juga dengan menggunakan warna merah dan gold. Tujuannya adalah untuk menambahkan lagi kekemasan dan keunikan pada sticker.
Tagline Yang Dipilih
Yang ni memang panjang la tagline nya. Kalau sekali baca dah complete dah penerangan mengenai pes mee udang ni. tagline nya yang ni tau "Dapur Express Anda, tak Perlu Menumis, Mudah Cepat Dan Lazat". Ok tak pada pendapat u all tagline nya?
Details Lain Yang Digunakan
Ok kat sebelah tangah sticker Kiz letak ramuan yang digunakan untuk buat pes mee udang ni. Apa yang best nya dalam sticker ni juga diletakkan cara penyediaan untuk membuat mee udang. So details macam ni pun agak penting juga sebab memudahkan pembeli membuat rujukan terus pada sticker.
Walaupun banyak penggunaan font dalam sticker kali ni tapi Alhamdulillah Kiz dapat handle dan resize betul2 saiz font tu supaya tak besar sangat dan tak kecik sangat. Yang penting pembeli dapat masih lagi dapat membaca font yang ditulis.
Di sebelah bawah pula Kiz letak logo call dan whatsapp di sebelah nama owner bisnes ni. lagi satu keunikan pada sticker ni sebab kebiasaannya bisnes lain tak letak nama yang boleh dihubungi tapi sticker kali ni siap ada namaa yang boleh dihubungi untuk buat tempahan.
Tambahan lagi details yang lai adalah nama page facebook di sebelah paling bawah sticker. Owh ya masa berapa lama masa untuk siap dan size hidangan juga diletak. Sangat complete kan information yang diberi dalam sticker ni? Kiz rasa dah takde info lain lagi yang tertinggal nak letak.
Hasil Akhir Design Telah Disiapkan
So ini lah hasil akhirnya.. Penggunaan warna yang tepat dan gambar yang luar biasa sememangnya boleh menarik pelanggan untuk membeli produk kita ya. Jangan buat design cincai cincai je tau. Sayang kalau produk kita memang dah sedap tapi disebabkan sticker tak cantik akhirnya pelanggan kurang yakin nak beli produk kita.
Design Sticker Yang Telah Siap Dipotong |
So kalau ada yang berpuas hati dengan hasil kerja Kiz ni dan ingin memberikan kepercayaan pada Stickiz untuk buat design sticker bisnes u all boleh lah pm Kiz kat facebook Stickiz ya ( Klik Sini )
Terima Kasih..... :-)
No comments:
Post a Comment