Tuesday, 12 April 2016

Contoh Design Sticker Untuk Madu Lebah Kelulut Asli

Jom Kiz tunjuk design sticker terbaru yang Kiz dapat kali ni untuk madu lebah kelulut asli pula. Tau kan kebaikan madu kelulut ni apa?Kalau tak tau meh Kiz btau sikit2 kelebihannya. nati boleh lah u all cuba amalkan.

Antara kebaikan madu kelulut asli :

1)kandungan anti oksidan dalam madu kelulutlebih tinggi berbanding madu biasa.
2)Sangat baik untuk diamalkan ketika bulan puasa terutamanya kepada penghidap sakit gastrik.
3)Membantu mengurangkan pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi dan asma.

Contoh Design Sticker Untuk Madu Lebah Kelulut Asli


Contoh Design Yang Digunakan Sebelum Ini.


Packaging yang digunakan untuk madu lebah kelulut ni menggunakan botol seperti gambar kat bawah ni tau. Tak silap Kiz ni botol plastik je tapi yang berualiti tinggi la. Jenis tak mudah kemek ni..

Ada beberapa details yang perlu Kiz tukar atas permintaan client.Antaranya nama brand produk madu kelulut ni dan tagline yang akan digunakan.

Contoh Design Yang Digunakan Sebelum Ini

Konsep Dan Design


Atas permintaan client, warna tema untuk konsep dan design kali ni perlu la menggunakan warna gold dan hitam. So Kiz akan mix kan warna ni tengok kepada kesesuaian kombinasi warna tu sendiri.
Manakal saiz sticker yang diminta pula adalah 5.1cm x 6.3 cm. Bentuk sticker yang akan digunakan pula adalah berbentuk petak.

Tagline


tagline yang digunakan sebelum ni adalah "Asli dari Ladang". Mungkin client rasakan tagline tu tak berapa umpphh dan nampak biasa biasa je, so tagline yang baru digunakan adalah "Rahsia Penawar Alami". Satu tagline yang sangat bagus sebab mengetengahkan fungsi dan kebaikan madu kelulut ni. Kiranya bila customer tengok kat tagline tu je dah tau madu kelulut ni boleh jadi penawar untuk penyakit.

Details Lain Yang Perlu Diletak


Selain daripada yang Kiz sebut kat atas, client Kiz juga minta untuk letak berat sebenar madu ni. Sebenarnya untuk madu ni ada 2 packaging ya. Satu packaging nya berat 1kg dan lagi satu packaging beratnya hanya 330 gram. So Kiz kena fikir idea macam mana nak label 2 berat yang berbeza dalam satu sticker.

Untuk nama Brand nya pula client Kiz minta tukar kepada nama Syafira. Tujuannya adalah membuat semula branding madu ni dari awal semula. Kiz tak pasti la untuk produk yang sama atau berlainan ya..

 Contoh Design Yang dah Siap


Nama brand "Syafira Madu Kelulut Asli" ni Kiz letak besar besar kat tengah sticker. haha baru lah nampak dan berkesan kan kalau nak branding jenama produk?

Manakala untuk tagline pula Kiz letak kat bawah nama brand. Masa ni Kiz perlu tukar warna font yang berbeza, buat secara kontra supaya dapat menonjolkan perkataan yang ditulis. Manakala untuk berat pula macam biasa diletak di sebelah bawah.

Jom Kiz tunjuk apa perbezaan antara setiap design yang dah siap.


Perbezaan untuk design 1 ni dengan design lain adalah kedudukan corak bentuk heksagon yang kat dalam kotak warna hitam tu. kalau u all perasan kedudukan lebah kat setiap design pun berbeza ya. Macam kat design 1 ni lebah kecik yang kat bawah tu Kiz letak kat tengah tengah sikit.

Design 1

Manakala untuk design 2 ni kedudukan lebah kecik tu diletak kat atas sikit. Warna gold yang digunakan juga dikurangkan sikit kecerahannya.

Design 2

Haaaa... Untuk design 3 ni lak, Kiz ambil dari design 1 tetapi.....
Untuk bahagian berat tu Kiz wat 2 kotak kecil, kira untuk asingkan berat yang akan digunakan. So senang la client just tick kat berat yang mana satu nanti..

Design 3

Beza design 4 ni lak, design yang diambil dari design 2 tapi ada juga label untuk tick berat macam design 3 kat atas.

U all boleh nampak kan perbezaannya?

Design 4

Dan Design Yang Jadi Pilihan... Adalah......

Design 3..!!!

Kelebihan kat design 3 ni kat warna gold yang digunakan. kalau u all tengok kecerahan kat warna gold tu memang cantik dan dapat memikat customer untuk beli ketika first time kali tengok madu kelulut ni..

Design Yang Dipilih
Kalau ada pengusaha dan penjual madu yang rasa design ni cantik dan nak order desgn sticker macam madu keluut asli ni jangan lah lambat lambat untuk contack Kiz ya. caranya dengan (klik kat sini) sahaja.. Thankz...



1 comment:

  1. Salam bro
    Stiker ni berimage kan lebah Apis bukan lebah kelulut. 1 keluarga berbeza sub spesis. Tatacara hidup Lebah kelulut berbeza dgn lebah apis. Pasti image nya berlainan.

    Allahualam.

    ReplyDelete