Monday 2 May 2016

Contoh Design Sticker Untuk Luve Chocolat Homemade Cakes, Cookies & Choc

Hi semua macam biasa kerja Kiz hari hari mesti la nak kena update contoh design sticker dari Stickiz. Lepas tu petang ni nak hujan lak so Kiz pilih design sticker yang paling feel sekali tuk layan hujan yang turun ni. Contoh design sticker yang Kiz pilih adalah design sticker untuk produk Luve Chocolat Homemade cakes, cookies dan choc.

Sesuai kan kalau kita layan feel chocolate bila hari tengah hujan ni... :-)

Contoh Design Sticker Untuk Luve Chocolat Homemade Cakes, Cookies & Choc


Konsep Dan Design


Macam biasalah kalau nak buat sticker untuk produk chocolate, penggunaan warna yang tepat mestilah jadi keutamaan Kiz. Agak agak u all warna apa yang bersesuaian dengan produk chocolate ni?

Mesti lah warna coklat kan? Tapi warna coklat tu kena lah warna coklat yang betul ya. Tak boleh warna coklat yang sembarang tau. Kiz taknak citer banyak jom kita terus tengok design yang dah buat..

Design Yang Kiz Dah Sediakan


Olrite semua.. ni design awal yang Kiz buat ya. U all boleh tengok pada atas sticker Kiz buat corak coklat yang meleleh.. Kenapa Kiz pilih corak macam ni? Dalam presentation kat sticker ni u all kena fokuskan kepada imaginasi dan feeling yang customer akan rasa bile makan makanan u all. So sama la macam makanan coklat ni, kepuasan customer selepas makan mestilah rasa coklat yang sedap dan meleleh dalam mulut diorang..

Boleh faham kan explanation yang Kiz buat???

Design 1


Untuk design ke 2 di bawah ni Kiz dah mula mainkan peranan kombinasi warna yang penting untuk sticker. Warna yang Kiz pilih adalah warna coklat dan warna kuning keemasan. Di sebelah kiri nama brand pula Kiz letak logo facebook untuk menunjukkan pada customer yang produk ni boleh didapati di page facebook mereka.

Manakala di sebelah bawah sticker pula Kiz letakkan juga no telefon dan logo whatsapp untuk dihubungi jika customer ingin membuat tempahan.


Design 2

Taraaa.. Ini lah Dia Design Yang Kiz Dah Siapkan..!!!


Ok tak design kali ni? cun je kan? Rasanya lepas tengok design sticker ni memang terliur je nak makan coklat.. Betul tak?


Design Yang Dah Disiapkan

Ada lagi bisnes owner yang niaga cake, cookies dan chocolate macam Luve Chocolat ni? Meh tempah dengan Stickiz ya. Kiz akan buat design sticker yang terbaik tuk u all. Lepas tu hari hari mesti u all akan dapat tempahan yang banyak selepas gunakan design dari Stickiz.

Pm Kiz sekarang tau... !!!! ( Klik Sini )

No comments:

Post a Comment