Monday, 28 March 2016

Tips Business Yang Sangat Penting! Warm Welcome

Hi suma..Selain dari post mengenai design sticker Kiz nak share juga tips business yang sangat penting untuk u all jalankan sesuatu perniagaan.Insya Allah kiz akan share suma pengalaman dan juga ilmu yang Kiz practice sepanjang Kiz buka kedai Stickiz ni.

Semoga apa yang Kiz kongsikan ni bermanfaat untuk u all dan seterusnya u all dapat gak buka kedai macam Kiz dan lebih berjaya dari kiz 1 hari nanti..Amin....



Tips Business Yang Sangat Penting! Warm Welcome


Warm Welcome - kebanyakkan dari kedai-kedai mahupun butik ternama di Malaysia tak amalkan warm welcome.


"Selamat Datang!!" (dengan penuh ikhlas dan jelas)


Benda ni nampak kecil tapi impaknya besar. Orang yang disapa dengan Warm Welcome akan rasa sangat dihargai dan dialu-alukan.Yang paling penting pelanggan akan rasa sangat dihormati dan secara tak langsung proses perbualan di antara pelangan dan pembantu jualan pun akakn berjalan lancar.

Cuba bayangkan apa yang terjadi kalau pelanggan masuk masuk je kedai tapi tak disambut dengan baik?silap silap dari awal masuk sampai keluar kedai muka ketat je dengan sales assistant.


Tapi kalau jadi macam tu jangan salahkan pelanggan pula.kita yang salah.dan ubah lah pendekatan kta dengan pelanggan ya!

Pelanggan akan rasa selesa nak tengok-tengok


Selepas beri warm welcome, Sudah tentu kena kita kena tanya pelanggan apa bantuan yang perlu kita berikan? Tapi kena tengok keadaan juga ya.Ada juga pelanggan yang perlukan privacy semasa memilih barang.

Yang penting kita atau sales assistant kena sentiasa ada juga berdekatan dengan pelangggan. Karang kalau dia panggil nak minta bantuan tapi kita xde, dah jadi sia sia lak warm welcome kita tadi.

Peratusan nak membeli pun boleh meningkat.


Lagi awal lagi bagus. Pelanggan baru langkah kaki nak masuk terus sapa Selamat Datang.
Setakat Kiz buat sruvey sambil jalan-jalan dalam mall, ada 3-4 butik sahaja yang buat ni..

Cuba try masuk butik Uniqlo, Zawara Coffee ataupun Calaqisya.. Dan rasa apa perasaannya sebagai customer.Mesti seronok kan???

P/S : Semua jenis perniagaan boleh warm welcome ni, tak semestinya butik, even jual goreng pisang pun lebih patut buat.



No comments:

Post a Comment