Friday, 26 February 2016

Ini salah satu rahsia bisnes yang ramai tak perasan

Ok disebabkan ramai yang setuju en Kiz share tips berkenaan bisnes untuk usahawan baru, hari ni jugak en Kiz nak share satu rahsia bisnes yang ramai tak perasan ye.. Boleh ke tidak ni? hihi
.
Servis adalah salah satu benda paling penting yang akan membuatkan pelanggan anda berminat nak beli lagi dengan anda, ataupun orang kata free marketing. Word Of Mouth. Free-free je orang promote dekat kita.
.
Hari ni en Kiz nak kongsikan tentang SENYUM.
.
Senyum ni salah satu benda paling penting dalam bisnes. Cuba bayangkan, anda sedang deliver COD kek coklat moist kepada customer, masa bagi tu anda senyum seikhlas hati. Apa perasaan pelanggan anda. Mesti happy kan? Dah la coklat tu memang sedap, penjual dia pulak mesra je kan..
.

Nampak simple kan?
.
Ok meh en Kiz cerita sikit pengalaman en Kiz sendiri masa beli barang ya.
.

Ada suatu hari tu en Kiz adala beli creampuff ni, tapi melalui cod lah. Masa tu memang tengah lapar la kan. Ding-dong, penjual creampuff pun dah sampai. Masa nak bagi tu dia senyum je (memang nampak senyuman yang seikhlas hati). Sampai sekarang en Kiz masih ingat lagi walaupun benda ni dah 2 tahun lepas. Agak-agak anda kenapa?

Senyum... senyum dan senyum ok,,
Yup! Mesti lah sebab penjual tu senyum. Bila orang senyum, benda tu akan masuk kedalam memori kita. Dan of course lah kita pun senyum skali. Contohlah penjual tadi tu terlambat sampai, tapi bila sampai tu dia senyum. Anda rasa nak marah atau tak?

Pernah tak anda masuk ke kedai runcit contohnya, pastu cashier tu masam je, macam layan nak tak nak je, agak-agak next time nak datang lagi tak kedai tu? Inilah dia rahsia bisnes meletop, hihi
.
Cuba praktikkan hari ni dan lihat hasilnya, memang owesome ok.. Ingat tau, senyuman super ikhlas.. bukan senyuman plastik 

.
LIKE DAN FOLLOW STICKIZ
FB : www.facebook.com/stickiz165
IG :  www.instagram.com/stickiz165
smile emoticp/s : Jom share kat bahagian komen dibawah, apa-apa saja pengalaman anda tentang senyum smile emoticon smile emoticon smile emoticon

Thursday, 25 February 2016

Tips bisnes untuk usahawan baru

Dengan niat ingin membantu para usahawan baru diluar sana, akhirnya team Stickiz bersetuju untuk berkongsi dengan anda, usahawan baru diluar sana dalam memajukan bisnes. Secara Percuma je, tak perlu bayar apa-apa pun.

En Kiz ingat untuk permulaan ni en Kiz nak kongsikan berkenaan dengan the power of services. Bagaimana servis yang bagus boleh membantu kita usahawan baru melonjakkan bisnes.

Tiba-tiba je share artwork, hihi


Oh lupa En Kiz nak beritahu, kami ada buat survey tanya berapa ramai yang berminat kalau en Kiz nak bagi tips bisnes ni. Yelah, manatau takde orang minat malulah en Kiz. Hihi.

Ok lah, untuk yang berminat mohon komen pada post en Kiz sekarang tau sebab En Kiz nak tau jugak ada ke orang nak baca penulisan en Kiz yang tak seberapa ni kan.

Klik LINK ini untuk turut serta komen ya..

Follow Stickiz
------------------
FB : Stickiz
IG : Stickiz

Tuesday, 23 February 2016

Selamat Datang ke Stickiz

Haa macam orang la jugak kan, first entri mesti nak cakap selamat datang kan, so SELAMAT DATANG KE STICKIZ !! Btw, tanda seru tu bukan marah tau, itu maknanya semangat.

Di Stickiz, kami bersemangat untuk memastikan packaging bisnes anda cantik dan menarik dipandang orang. Yelah, bila produk kita cantik, baru orang tertarik nak beli betul tak? Benda yang murah pun boleh nampak mahal tau.

Cuba bayangkan anda beli jam jenama Rolex original tapi orang kedai tu tak bagi pun kotak dia ke apa ke, dia bagi jam je. Sedih kan? Takpun bayangkan anda beli shawl tapi tak dapat plastik atau paperbag. Ataupun paperbag dah dapat, tapi takde sticker atau apa-apa yang menunjukkan bag tu adalah daripada company tu

Selamat datang ke Stickiz u olls
Alhamdulillah setakat ini dah lebih 200,000 pcs sticker Stickiz dah buat dengan harapan sales mereka akan meningkat berkali-kali ganda. Terima Kasih banyak-banyak untuk semua yang sudi support Stickiz dari dulu sampai sekarang ok.

Stickiz akan cuba sedaya upaya untuk memberikan design yang lebih unik, cantik dan menarik supaya bisnes anda nampak unik, nampak lain dari yang lain.

Untuk yang belum like page Stickiz boleh klik je sini www.facebook.com/stickiz165 atau boleh contact terus salesperson Stickiz di 019-2750165 ok.

Sekian :)